Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 

Biasiswa Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk Orang Kelainan Upaya (OKU)

| Malaysia Scholarships | November 3, 2012

Bantuan kewangan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa di politeknik dan kolej komuniti sahaja. Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan. Pelajar yang menerima bantuan kewangan ini tidak layak menerima biasiswa atau pinjaman pelajaran lain di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Pemohon hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad pendaftaran OKU. Kursus yang diikuti hendaklah kursus sepenuh masa sahaja yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima bantuan kewangan ini.
Tajaan ini memberi insentif / biasiswa dan peluang kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU, yang berkebolehan atau berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Ianya bertujuan untuk meningkat dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk OKU dari segi bantuan kewangan. Tajaan ini merangkumi pembiayaan pengajian daripada peringkat sijil sehinggalah kepada tahap PhD di IPTA, IPTS terpilih, politeknik dan kolej komuniti.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai tajaan biasiswa untuk OKU bolehlah diajukan kepada:
Unit Biasiswa,
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya.
Tel : 03-8870 6000 (samb.)
Faks : 03-8870 683