Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 

Skim gaji penjawat awam dikaji semula

| Articles, General, News | November 1, 2012

Dr. Ali Hamsa menyampaikan cek RM300,000 kepada wakil Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah pada Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh Melaka, semalam.

MELAKA 31 Okt. – Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

“Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

Beliau berkata, kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata, pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan,” katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.

Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. – BERNAMA

Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Calon Tambahan KPLI-SR jQAF Ambilan Jan 2012

| Articles, General, Info Kerjaya, News | January 7, 2012

Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Calon Tambahan KPLI-SR jQAF Ambilan Jan 2012 boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/kpli/tdjan2012/ – Semoga Sukses 🙂

6 Jan 2012

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my

CUEPACS Bantah,Arah Staf Kerajaan Tidak Tandatangan Borang Opsyen

| Articles, General, News | December 16, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

Jadual Gaji 2012 SBPA.Tarikh Pembayaran Kepada Semua Kakitangan Awam

| Articles, Federal, General, Info Kerjaya, Info SPA, News | December 7, 2011

Akhirnya jadual gaji 2012 merujuk kepada tarikh pembayaran gaji kakitangan awam telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM)

Jadual Gaji 2012 SBPA : Semakan Kakitangan Awam

BULAN TARIKH
PEMBAYARAN
HARI CATATAN
Januari 16 Januari 2012 Isnin Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012
Februari 23 Februari 2012 Khamis
Mac 22 Mac 2012 Khamis
April 25 April 2012 Rabu
Mei 23 Mei 2012 Rabu Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun 25 Jun 2012 Isnin Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai 25 Julai 2012 Rabu
Ogos 13 Ogos 2012 Isnin Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September 25 September 2012 Selasa
Oktober 22 Oktober 2012 Isnin Hari Raya Haji 26 Oktober 2012
November 6 November 2012 Selasa Deepavali13 November 2012
Disember 18 Disember 2012 Selasa Hari Krismas 25 Disember 2012

Pekeliling jadual gaji 2012 SBPA ini anda boleh rujuk di sini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Akhirnya kakitangan awam sudah boleh merancang kewangan mereka setiap bulan bermula daripada sekarang. Dalam keadaan sekarang ini, perancangan sangat penting ketika berbelanja.

Walaubagaimanapun, berita jadual gaji 2012 SBPA bagi kakitangan awam ini boleh dijadikan rujukan awal kerana jika ada keperluan kemungkinan ada pindaan di masa akan datang.

P/S : Selain jadual gaji 2012 ini, dalam masa yang sama juga kakitangan awam penjawat awam jangan lupa tentang pemberian 1/2 bulan gaji atau minimum RM500 yang akan diterima pada bulan Disember ini.

Sumber : BeritaSemasa