Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 

Opsyen SBPA dilanjutkan Sehingga 15 Januari

| General, Info SPA, News | December 24, 2011

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr Ismail Alias.
Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini.

“Kita akan meneruskan SBPA dan sebenarnya CUEPACS tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia membabitkan banyak isu perundangan.
“Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan CUEPACS yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini, hari ini.

Rundingan itu yang berlangsung selama lebih tiga jam diadakan untuk menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, mengarahkan supaya CUEPACS dan JPA mengadakan rundingan segera bagi menyelesaikan isu tersebut.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.
Dr Ismail berkata, pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan sbpa dan lima isu termasuk ‘exit policy’ yang dibangkitkan oleh CUEPACS turut dibincangkan.

“Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang dikemukakan oleh CUEPACS, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu,” katanya.

Beliau berkata, bagi penjawat awam yang sudah menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.

Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata, rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini adalah jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya. – BERNAMA

Jadual Gaji 2012 SBPA.Tarikh Pembayaran Kepada Semua Kakitangan Awam

| Articles, Federal, General, Info Kerjaya, Info SPA, News | December 7, 2011

Akhirnya jadual gaji 2012 merujuk kepada tarikh pembayaran gaji kakitangan awam telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM)

Jadual Gaji 2012 SBPA : Semakan Kakitangan Awam

BULAN TARIKH
PEMBAYARAN
HARI CATATAN
Januari 16 Januari 2012 Isnin Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012
Februari 23 Februari 2012 Khamis
Mac 22 Mac 2012 Khamis
April 25 April 2012 Rabu
Mei 23 Mei 2012 Rabu Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun 25 Jun 2012 Isnin Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai 25 Julai 2012 Rabu
Ogos 13 Ogos 2012 Isnin Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September 25 September 2012 Selasa
Oktober 22 Oktober 2012 Isnin Hari Raya Haji 26 Oktober 2012
November 6 November 2012 Selasa Deepavali13 November 2012
Disember 18 Disember 2012 Selasa Hari Krismas 25 Disember 2012

Pekeliling jadual gaji 2012 SBPA ini anda boleh rujuk di sini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Akhirnya kakitangan awam sudah boleh merancang kewangan mereka setiap bulan bermula daripada sekarang. Dalam keadaan sekarang ini, perancangan sangat penting ketika berbelanja.

Walaubagaimanapun, berita jadual gaji 2012 SBPA bagi kakitangan awam ini boleh dijadikan rujukan awal kerana jika ada keperluan kemungkinan ada pindaan di masa akan datang.

P/S : Selain jadual gaji 2012 ini, dalam masa yang sama juga kakitangan awam penjawat awam jangan lupa tentang pemberian 1/2 bulan gaji atau minimum RM500 yang akan diterima pada bulan Disember ini.

Sumber : BeritaSemasa

Senarai Tugas Pegawai Farmasi Gred U41

| Info Kerjaya, Info SPA, Jobs Description | November 27, 2011

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM1999.19 – P1T27 RM4723.81
P2T1 RM2095.20 – P2T27 RM5022.83
P3T1 RM2195.39 – P3T27 RM5317.92
Syarat Lantikan:
  • Ijazah dalam bidang Farmasi atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Farmasi adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Farmasi Gred U3 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan seperti di atas kecuali B.M.
Deskripsi Tugas:
  • Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal; atau
  • Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; atau
  • Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan – menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.

Senarai Tugas Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41

| Info Kerjaya, Info SPA, Jobs Description | November 17, 2011

 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM1693.06 – P1T27 RM4643.06
P2T1 RM1787.68 – P2T27 RM4921.33
P3T1 RM1886.48 – P3T27 RM5223.40
Syarat Lantikan:
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T3 RM1873.96]; atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T5 RM2054.86]; atau
    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T8 RM2326.21]; atau
    • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T8 RM2326.21]; atau
    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
      [Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T9 RM2416.66]; atau
    • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
      [Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T10 RM2507.11];dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbang oleh Pihak Kuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang Koperasi, menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-undang Kecil, menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi, melaksanakan program-program pengembangan dan penggalakan dan membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Ketua Pendaftar. Memberi khidmat bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya.

Senarai Tugas Pegawai Dietetik Gred U41

| Info Kerjaya, Info SPA, Jobs Description | November 17, 2011

 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM1999.19 – P1T27 RM4723.81
P2T1 RM2095.20 – P2T27 RM5022.83
P3T1 RM2195.39 – P3T27 RM5317.92
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ilmu Kaji Diet yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    [Gaji permulaan ialah pada Gred U41: P1T1]; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
a. Perkhidmatan Dietetik Klinikal
  • Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.
b. Perkhidmatan Dietetik Komuniti
  • Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.
c. Penyediaan Perkhidmatan Makanan
  • Menyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.
d. Latihan
  • Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
e. Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.

Senarai Tugas Pegawai Arkib Gred S41

| Info Kerjaya, Info SPA, Jobs Description | November 17, 2011

 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Arkib Negara
Jadual Gaji:
P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3]; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Arkib adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Arkib Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.

Senarai Tugas Pegawai Aktuari Gred W41

| Info Kerjaya, Info SPA, Jobs Description | November 17, 2011

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional  Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji:
P1T1 RM1702.81 – P1T27 RM4688.95
P2T1 RM1798.82 – P2T27 RM4968.61
P3T1 RM1899.01 – P3T27 RM5255.39
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Aktuari atau Sarjana dalam bidang yang sama yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T6 RM2162.01]; atau
  • Associateship (sehingga 1976) atau lulus semua peperiksaan Kumpulan A (mulai 1977) Institute of Actuaries, United Kingdom atau Associateship Society of Actuaries (USA & Canada) atau Associateship Institute of Actuaries of Australia.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T6 RM2162.01]; atau
  • Associateship (mulai 1977) atau Fellowship (sehingga 1976) Institute of Actuaries, United Kingdom atau Fellowship Society of Actuaries (USA & Canada) atau Fellowship Institute of Actuaries of Australia atau Fellowship Faculty of Actuaries Scotland.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9 RM2437.53]; atau
  • Fellowship (mulai 1977) Institute of Actuaries, United Kingdom.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T11 RM2621.21]; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Melaksanakan tanggungjawab kerja-kerja yang diarah berkaitan semua perkara maklumat kependudukan, perangkaan dan penyelidikan, perkara insurans, pampasan dan keselamatan sosial serta perkara undang-undang amanah, kumpulan wang simpanan dan skim tabung persaraan berpencen.

 

RUJUKAN KHAS UNTUK CALON PEPERIKSAAN PEGAWAI ANTIDADAH

| General, Info SPA | November 2, 2011

SALAM 1 MALAYSIA
SPA buat kejutan lagi kali
ni, mungkin untuk ‘adjustment’
Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam
(SSBPA). Sukar nak jangka perubahan
yang berlaku.
Ada yang kata pembekuan jawatan,
penamatan jawatan, pegawai tak
‘perform’ akan dikenakan tindakan
dan sebagainya. Itu kesan
pengumuman SSBPA oleh Dato’ Najib
baru-baru ini
Yang terbaru, mungkin anda salah
seorang yang terkejut..
Adakah anda mendapat surat panggilan
menduduki peperiksaan Pegawai Antidadah?
Serius ianya langsung tak ada dalam
takwim SPA 2011, tetapi dengan
tiba-tiba peperiksaan ini dilakukan.
Hmmm.. Satu yang positif untuk
pencari kerja kerajaan. Seakan
tak berlaku pembekuan jawatan
untuk tahun 2011 ini. kalau anda
dipanggil, jgn lepaskan peluang!
Saya attach bersama format terbaru
pegawai Antidadah bersama email ini
Ianya seakan format PTD baru-baru ini.
Jadi jika anda calon Antidadah 17 November
ini, anda boleh miliki rujukan yang
telah bantu ramai calon LULUS
peperiksaan Kerajaan.
Ini rujukannya;
P/S : UNTUK YG TIDAK BERKAITAN DENGAN EXAM INI .. BOLEH JUGA DAPATKAN SEMENTARA IANYA DIBUKA UNTUK ANDA MILIKINYA .. 🙂 COZ SEBELUM NIE RAMAI YG MESEJ SAYA CAMNER NAK DAPATKAN PANDUAN INI ..
Salam sukses untuk anda
Ikhlas
ADMIN

Senarai Tugas Jurutera (Awam) Gred J41

| General, Info Kerjaya, Info SPA, Jobs Description | October 29, 2011

Jurutera (Awam) Gred J41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Awam) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Jurutera (Awam) Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

Senarai Tugas Juru X-Ray Gred U41

| General, Info Kerjaya, Info SPA, Jobs Description, Tips | October 29, 2011

Juru X-Ray Gred U41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM1999.19 – P1T24 RM4723.81
P2T1 RM2095.20 – P2T24 RM5022.83
P3T1 RM2195.39 – P3T24 RM5317.92
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada insitusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada gred U41: P1T1 RM1999.19]; dan
  • lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
  • Menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.
  • Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.
2. Fungsi Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu
  • Mengurangkan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan.
  • Menjalankan ujian peralatan mengikut jadual yang ditetapkan.
3. Fungsi Pengurusan
  • Memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.
4. Latihan dan Penyelidikan
  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Juru X-Ray semasa penempatan klinikal.
  • Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dikenalpasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan.
5. Tugas-Tugas Sokongan
  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan ketua jabatan dan pegawai atasan.