Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 


Permohonan dan Semakan Online Pendaftaran Prasekolah 2019

  • Listed: March 10, 2018 9:39 am

Description

Permohonan Online Pendaftaran Prasekolah 2019

Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang Permohonan Prasekolah KPM 2019 termasuk memaparkan tarikh permohonan, syarat kelayakan dan aplikasi online :
○ Tarikh Permohonan: 1 Mac hingga 30 April 2018 bagi pengisian online manakala 1 Mac hingga 31 Mei 2018 secara manual

Syarat Kelayakan Memohon Prasekolah KPM

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.

2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 sehingga 15 Januari 2015.

Pendaftaran Prasekolah KPM 2019 Online

Untuk membuat pendaftaran anak-anak anda ke Prasekolah KPM, ibu bapa boleh memohon secara online seperti berikut :
1. Layari ke portal E-Prasekolah di pautan https://eprasekolah.moe.gov.my.
2. Bagi pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
3. Kemudian, login masuk semula dengan menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
4. Isikan maklumat borang pendaftaran seperti maklumat prasekolah/ tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi anak.
5. Selepas itu, cetak borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang diperlukan.
Nota : Untuk maklumat lanjut tentang Permohonan Prasekolah KPM boleh dirujuk di MANUAL PENGGUNA.

Semakan Keputusan Pendaftaran Prasekolah Sesi 2019 Online

a. Secara Dalam Talian
Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my. Tarikh semakan akan dikemaskini nanti.

Rayuan Permohonan Prasekolah 2019

a. Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.
b. Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan
sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.
c. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang yang sama.
d. Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

MOHON SEKARANG!!



Ad Reference ID: 8475aa3a7cfdffd8

More Info …


Stats