Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 


Permohonan Pertukaran Guru Online 2018 – Sistem Egtukar Guru

  • Listed: February 12, 2018 7:20 am

Description

Berita baik buat guru yang ingin membuat pemindahan atau pertukaran sekolah, Permohonan Egtukar Guru Tahun 2018 bagi sesi bulan Jun tahun 2018 kini dibuka mulai 18 Februari 2018 sehingga 25 Mac 2018. Kepada guru yang ingin membuat pemindahan atau pertukaran boleh mengemukakan permohonan menerusi Aplikasi Egtukar guru seperti yang tertera dibawah.

Bagi keputusan permohonan Egtukar sesi tahun 2018 akan diumumkan keluar pada bulan April tahun 2018. Manakala semakan bagi penempatan pertukaran pada bulan yang sama.

Permohonan Egtukar Guru Tahun 2018 Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat serta panduan penting berkaitan permohonan Egtukar Guru tahun 2018 yang memaparkan tarikh penting, aplikasi permohonan dan maklumat lanjut mengenai permohonan.

Tarikh Penting Dan Aplikasi Egtukar Guru

Tarikh buka bermula : 18 Februari 2018

Tarikh tutup permohonan : 25 Mac 2018

Aplikasi Permohonan klik disini => https://epgo.moe.gov.my/

 

Cara Membuat Permohonan Pertukaran Guru Melalui Egtukar Guru

Cara pertama untuk membuat permohonan sila layari ke laman web permohonan Egtukar guru di pautan atau aplikasi :

Langkah seterusnya :

  1.  Log masuk ke sistem aplikasi permohonan, masukkan ID Pengguna, kata laluan dan No. Kad Pengenalan.
  2.  Pengguna perlu memastikan butiran yang dimasukkan adalh lengkap dan tepat.
  3.  Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna boleh mendapatkan semula kata laluan di pautan lupa kata laluan yang berada di laman utama Egtukar.
  4.  Masukkan nombor kad pengenalan dan butiran yang diperlukan dan sila klik butang Hantar.

 

Tukar Kata Laluan

Pengguna boleh menukar kata laluan di pautan Tukar Kata Laluan. Untuk pengetahuan pengguna Semua ruangan wajib diisi.

  • Pengguna perlu memastikan ID Pengguna, kata Laluan dan Kad Pengenalan adalah tepat di ruangan Laluan Masuk.

Log Keluar

Pengguna diingatkan supaya sentiasa klik pada pautan log keluar. Bagi menamatkan sesi penggunaan sistem. Ini adalah langkah selamat agar tiada pihak yang cuba menyalahgunaan maklumat berkaitan.

Untuk makluman penting kepada pemohon, Pertukaran guru antar bahagian, Negeri, antara Daerah, dan dalam Daerah bagi tahun 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Adalah dimaklumamkan permohonan pertukaran guru bagi tahun 2018 melalui modul Egtukar akan dibuka mulai 18 Februari 2018.



Ad Reference ID: 5305a81404e51e42

More Info …


Stats