Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 

Senarai Tugas Arkitek Gred J41

| General, Jobs Description, Tips | October 19, 2011

Arkitek Gred J41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

 Jadual Gaji:     
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79

Syarat Lantikan:     

Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T3 RM2271.93]; dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:   
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Seni bina) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:     
Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).