Senarai Tugas Juru Ukur Bahan Gred J41

Kerja Kosong Juru Ukur Bahan Gred J41


 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T27 RM5306.79
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Pembantu Teknik (Ukur Bahan) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Juruukur bahan Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Bahan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Juruukur Bahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Membuat kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran, kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan.

 

 


Advertisement