Senarai Tugas Kurator Gred S41

Kurator Gred S41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab:Jabatan Muzium Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara Malaysia, Muzium Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00RM9,544.00RM225.00
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
 
ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sosiologi, antrapologi, sejarah, kaji purba, zoologi, sastera, seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, permuziuman, konverservasi atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
ijazah sarjana dalam bidang permuziuman yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,588.49)
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
 
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong kurator adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Kurator Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
 
mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.
 
Skop Fungsi dan Bidang Tugas:

Merancang dan mengetuai penyelidikan muzium dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan warisan sejarah, budaya, alam kemanusiaan, alam semula jadi dan perkara-perkara yang berkaitan. Merancang dan mengumpul koleksi untuk dipamerkan dan menyediakan ‘write up’, ‘caption’, label dan sebagainya yang berkaitan dengan pameran. Merancang pengurusan sumber manusia jabatan dan menyelaras aktiviti-aktiviti latihan/kursus di peringkat jabatan dan luar negara. Mendokumentasi dan mengkatalog koleksi muzium secara sistematik, menyimpan data-data hasil penyelidikan dengan teratur sebagai bahan rujukan. Mengetuai dan menjalankan kerja-kerja pemulihan tanah, tapak tanah, monumen bersejarah dan seumpamanya. Menyelaras dan mengetuai kerja-kerja cari gali.

MUAT TURUN NOTA RAHSIA PERSIAPAN TEMUDUGA KERAJAAN KLIK SINI!!

MUAT TURUN CONTOH UJIAN PSIKOMETRIK KLIK SINI!!

UNTUK SENARAI JAWATAN KOSONG TERKINI KLIK SINI!


Advertisement