Senarai Tugas Pegawai Farmasi Gred UF41

Pegawai Farmasi Gred UF41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,740.00RM9,656.00RM225.00
SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
(a)warganegara Malaysia; 
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
(c)ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.(Gaji permulaan ialah pada Gred UF41: RM2,740.00). 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
   
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 
   
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
(a)mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan 
(b)had umur pelantikan:berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atauberumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atauberumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. 
 
DESKRIPSI TUGAS :
Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal; atauBerkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; atauPengawalan Farmaseutikal Kebangsaan – menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.

MUAT TURUN NOTA RAHSIA PERSIAPAN TEMUDUGA KERAJAAN KLIK SINI!!

MUAT TURUN CARA RAHSIA RESUME KERJA KLIK SINI!!

MUAT TURUN CONTOH UJIAN PSIKOMETRIK KLIK SINI!!


Advertisement