Welcome to www.index.my | JobsMalaysia 2014 | Government and Private Jobs Listing 2014 | Join Now!!!, visitor! [ Register | Loginrss  |  tw

Senarai Tugas Jururawat Gred U41

| Info Kerjaya, Jobs Description | October 21, 2011


 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM1999.19 – P1T24 RM4723.81
P2T1 RM2095.20 – P2T24 RM5022.83
P3T1 RM2195.39 – P3T24 RM5317.92
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
    [Gaji permulaan ialah pada gred U41: P1T1 RM1999.19]; dan
  • lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
  • Pemantauan Kejururawatan
  • Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.
2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan
  • Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
  • Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
3. Kawalan Mutu
  • Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
  • Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) – menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.
4. Latihan Kejururawatan
  • Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.

Stats


Business Blogs Business jobs in malaysia