Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 

Jawatan Kosong Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA)

| GLC | September 2, 2013

Jawatan Kosong di Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA)

1. Executive
2. Service Operation Executive
3. Perantis Mekanik / Mekanik
4. Admin Assistant
5. Operator Pengeluaran Lelaki
6. Technician

CLICK HERE FOR JOB APPLICATION AND HOW TO APPLY

1000 Kekosongan Inspektor – PDRM turun ke IPT tawar kerjaya inspektor kepada graduan

| Info Kerjaya | October 12, 2012

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah turun ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta untuk mencari calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi 1,000 kekosongan jawatan inspektor pada masa kini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, bakal-bakal graduan yang berminat untuk mengisi jawatan tersebut akan diambil terus dipilih tanpa perlu mengemukakan ijazah masing-masing.

“Proses pemilihan dan temuduga itu akan dijalankan Jabatan Pengurusan Bukit Aman bagi memastikan tenaga muda yang diperoleh di institusi berkenaan mampu meningkatkan prestasi PDRM.

“Langkah itu dilakukan bagi mengisi kekosongan 1,000 jawatan Inspektor seperti dalam pembentangan Bajet 2013 terutama golongan pegawai wanita yang masih kurang. Kita mahu capai sasaran 15 peratus pegawai wanita dalam PDRM,” katanya.

Menurut Ismail, buat permulaan pihaknya akan membuka gerai-gerai di majlis-majlis konvokesyen untuk menawarkan kerjaya tersebut kepada mereka yang berbakat dan berminat menyertai PDRM. – UTUSAN