Welcome, visitor! [ Register | LoginRSS Feed  | 

Jawatan Kosong Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad

| Federal | September 13, 2013

Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad menawarkan jawatan-jawatan yang bersesuaian dengan anda. Ini kerana pembukaan cawangan-cawangan baru di lokasi-lokasi strategik akan dilaksanakan hingga meliputi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia Mempelawa warganegara Malaysia Bumiputera (Melayu) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-

1) PENGURUS CAWANGAN
2) EKSEKUTIF PEMBIAYAAN (KONTRAK)
3) EKSEKUTIF PERBENDAHARAAN (KONTRAK) 4) EKSEKUTIF KAWALAN (KONTRAK)
5) EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT (KONTRAK)
6) PEGAWAI PEMBANGUNAN PERNIAGAAN (KONTRAK)
7) PEGAWAI OPERASI (KONTRAK)
8) PEGAWAI PEMBIAYAAN (KONTRAK)
9) PEGAWAI PEMASARAN (KONTRAK)
10) PENOLONG PEGAWAI OPERASI (KONTRAK)
11) KERANI (KONTRAK)

Calon-Calon yang berminat boleh menghantar surat latardiri dan gaji minimum dipohon bersama salinan sijil-sijil yang berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
KOPERASI BANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD
41, 43 – 45 Jalan Selat, Taman Selat, 12000 Butterworth

Untuk Pertanyaan Sila Hubungi 04-3237650 atau layari www.bankpstn.com.my untuk maklumat lanjut atau emailkan kepada : kerjaya@bankpstn.com.my

Tarikh tutup permohonan pada 20 September 2013 .Hanya calon-calon yang layak akan ditemuduga.Permohonan diterima adalah secara pos / e-mail / serahan tangan sahaja.

Maklumat lanjut jawatan klik sini

Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia

| Federal, Info Kerjaya | September 2, 2013

Jawatan Kosong Di Kementerian Kerja Raya September 2013

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kerja Raya Malaysia seperti berikut:

1. Operator Loji
2. Tukang K2
3. Tukang K3

Permohonan boleh dibuat dengan melayari portal www.kkr.gov.my ;

Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 September 2013;

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;

Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya;

Pemohon yang pernah memohon jawatan di atas dikehendaki mengemukakan permohonan semula, jika masih berminat;

Pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan ini.

Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

| Federal | September 2, 2013

tudm
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon jawatan TUDM sebagai :-
1. Perajurit Muda (Pemilihan Awal)

KELAYAKAN AKADEMIK

-Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan
mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus
matapelajaran Bahasa Inggeris,
Atau
-Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan
mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran Matematik, Salah satu
subjek Sains dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM.

LAIN-LAIN SYARAT KELAYAKAN

-Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.
-Penglihatan dan Pengecaman warna yang baik.
-Diperakui sihat dan tidak cacat anggota.
-Syarat minima ukuran fizikal:
Tinggi – 162 m
Berat – 47.5 kg
BMI – 18-25 (berat/ tinggi x tinggi)
Dada – Biasa 76 cm, Kembang 81 cm.

Maklumat iklan dan cara memohon sila klik disini

Tarikh tutup permohonan : 15 September 2013

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

| General | September 1, 2013

Jawatan Kosong Di PERDA September 2013

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Pulau Pinang (PERDA)

1. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (TEKNOLOGI KIMPALAN)
Klasifikasi : PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
Kumpulan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Bidang : TEKNOLOGI KIMPALAN
Taraf Jawatan : TETAP
Kekosongan : 1
Gred Gaji : J

Semua permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang PERDA AM 1 yang boleh didapati di Pejabat Lembaga  Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan menyertakan sampul surat berukuran 23cm x 10cm yang  beralamat sendiri dan bersetem RM 0.60 atau layari laman web PERDA di www.perda.gov.my atau datang sendiri  ke Ibu Pejabat PERDA.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 September 2013

Maklumat lanjut jawatan klik sini

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

| Federal, General | September 1, 2013

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) bagi pengambilan jawatan-jawatan kumpulan perkhidmatan sokongan di KKM. Jawatan-jawatan yang boleh dipohon adalah seperti berikut :

1. Atendan Kesihatan Gred U3
2. Pekerja Awam Khas (Otokleb) Gred R3
3. Pekerja Awam Khas (Pemandu Motobot) Gred R3
4. Pemandu Kenderaan Gred R3
5. Pekerja Awam Gred R1
6. Pembantu Am Pejabat Gred N1

Sistem ini boleh dicapai di http://jobkkm.moh.gov.my. Semua maklumat berkenaan deskripsi tugas, kelayakan dan gaji permulaan setiap jawatan boleh diperolehi di laman web tersebut.

Maklumat lanjut jawatan klik sini