Senarai Tugas Pegawai Dietetik Gred U41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Dietetik Gred U41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Dietetik Gred U41bagi permohonan lepasan Ijazah menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Dietetik Gred U41

Berikut adalah informasi tentang Pegawai Dietetik Gred U41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Dietetik Gred U41

Gaji Pegawai Dietetik Gred U41 sekitar RM2,429.00 sehingga RM9,656.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pegawai Dietetik Gred U41 pula berjumlah RM225.

Syarat Kelayakan Pegawai Dietetik Gred U41

● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang dietetik, pemakanan atau sains pemakanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00); atau

● ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang ekonomi rumah tangga (home economics) serta memiliki diploma pasca siswazah dalam bidang dietetik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).

Deskripsi Tugas Pegawai Dietetik Gred U41

Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Dietetik Gred U41 seperti di bawah :

a. Perkhidmatan Dietetik Klinikal

Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.

b. Perkhidmatan Dietetik Komuniti

Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.

c. Penyediaan Perkhidmatan Makanan

Menyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.

d. Latihan

Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan

e. Makanan

Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.


Advertisement



(Visited 210 times, 1 visits today)