Senarai Tugas Akauntan Gred W41

SENARAI TUGAS AKAUNTAN GRED W41 TERKINI

Akauntan Gred WA41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Akauntan Negara
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
WA41 RM2,820.00 RM9,585.00 RM225.00
WA47 RM5,161.00 RM11,690.00 RM270.00
WA51 RM5,795.00 RM12,370.00 RM290.00
WA53 RM6,122.00 RM13,180.00 RM320.00
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau  
(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau
 
(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)
(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00).
 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
     
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  
     
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AKAUNTAN GRED WA47,WA51 ATAU WA53
     
3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Akauntan Gred WA47, WA51 atau WA53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:  
(a) Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b),1(c) dan 2.  
(b)    
(i) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan dan Ahli MIA; atau  
(ii) Ahli MIA;  
(c) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan  
(d) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan.  
  (Gaji permulaan ialah pada Gred WA47 : RM5,161.00/
Gaji permulaan ialah pada Gred WA51 : RM5,795.00/
Gaji permulaan ialah pada Gred WA53 : RM6,122.00).
 
     
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred WA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan  
(b) had umur pelantikan:  
 
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
 
DESKRIPSI TUGAS :
Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.

| SKIM GAJI AKAUNTAN GRED W41 | KERJA KOSONG AKAUNTAN KERAJAAN | JAWATAN KOSONG AKAUNTAN W41 |

————————————–

INFO KERJAYA BIDANG PERAKAUNAN

1. AKAUNTAN

Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

Keterangan Tugas

Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;

Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;

Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;

Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Akauntan

Juruaudit

Akauntan, Kos

Akauntan, Cukai

Bendahari

Setiausaha Syarikat

Juru Perunding

Penolong Akauntan

Kerani Akaun

Ciri-Ciri Peribadi

Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.

Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.

Kelulusan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)

Association of Certified Accountants (U.K)

Institute of Cost and Management Accountants (U.K)

The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)

The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)

The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)

Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)

Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan)

Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Antaranya:-

1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Teknologi MARA
4. Universiti Sains Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia
6. Universiti Malaysia Sarawak
7. Universiti Malaysia Sabah
8. Universiti Islam Antarabangsa
9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10. Kolej Tunku Abdul Rahman

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut

1. Universiti Tenaga Nasional
2. Adorna Institute Of Technology
3. Brickfields College & Country Heights Education Sdn. Bhd.
4. Institut Teknologi Pertama
5. Inti College
6. Kolej IKRAM
7. L&G – Twintech Institute Of Technology
8. Sepang Institute Of Technology

Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

2. PENOLONG AKAUNTAN

Keterangan Tugas

Menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa yang bimbingan akauntan.

Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan yang lain.

Menyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu.

Menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej perisian komputer yang standard.

Memberi bantuan dalam penyediaan unjuran aliran tunai dan belanjawan.

Menyediakan hasil perakaunan dan hasil lain bagi penyampaian dalam bentuk graf atau jadual.

Menggunakan pengetahuan mengenai prinsip perakaunan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas.

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Menyelia pekerja-pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Di antaranya: Penolong Akauntan

Ciri-Ciri Peribadi

Sama seperti Akauntan

Kelulusan

Diploma dalam bidang Pengajian Perdagangan, Pengajian Bank, Pengajian Perakaunan atau kelayakan yang setaraf

Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom.

Prospek Kerjaya

Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan

Di Sektor Swasta Pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

Universiti Teknologi MARA

Politeknik Dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Kolej Tunku Abdul Rahman.

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Adorna Institute Of Technology

Institut Sarjana

Sepang Institut Of Technology

Systematic Education Group Bhd

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain.

3. KERANI AKAUN

Keterangan Tugas

Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kita

Membuat pengiraan yang sewajarnya

Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad

Mengira kos pengeluaran dan pengendalian

Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun.

Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.

Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti sahan yang perlu dibayar.

Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan.

Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan.

Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab pertanyaan mengenai cukai.

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Di bidang Ini Diantaranya:-

Penyimpan Kira-Kira

Kerani ,Akaun

Kerani ,Bank

Kerani, Audit

Kerani, Kredit

Kerani, Gaji

Kerani Kos

Kerani, Bil

Ciri-Ciri Peribadi

Menyesuaikan diri dengan mudah

Bersungguh-sungguh dan teliti

Suka mempertahankan diri

Cekap

Petah

Sopan

Praktikal

Tekun

Tenang

Tidak berkhayal

Kelulusan

SPM atau setaraf, kepujian Bahasa Malaysia dan Matematik

Sumber: Laman Kementerian Sumber Manusia Malaysia

MORE INFO KERJA KERAJAAN KLIK SINI

MUAT TURUN NOTA RUJUKAN DAN CONTOH SOALAN AKAUNTAN W41 KLIK SINI!!

MUAT TURUN NOTA RAHSIA PERSIAPAN TEMUDUGA KERAJAAN KLIK SINI!!

MUAT TURUN CARA RAHSIA RESUME KERJA KLIK SINI!!

MUAT TURUN CONTOH UJIAN PSIKOMETRIK KLIK SINI!!




(Visited 803 times, 1 visits today)