Semakan Online Wang Tak Dituntut (WTD)

eGUMIS: Panduan Semakan Wang Tak Dituntut Online

Berita baik buat semua rakyat Malaysia! eGUMIS TELAH BOLEH DIBUAT SECARA ONLINE SEKARANG!! … Layari => https://egumis.anm.gov.my/login

Jika pada mulanya anda perlu beratur di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) untuk membuat semakan, tetapi selepas ini anda boleh menyemak status anda hanya dihujung jari sahaja.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengambil langkah proaktif dengan membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan tersebut.

Semakan WTD Online

“Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari tentang langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang tak dituntut.
Mengikut laporan, sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yang tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.

Apa Itu Wang Tak Dituntut?

Wang tak dituntut atau WTD merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

Contohnya:

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD. Contohnya:

  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut

eGUMIS Semakan WTD Online

Bagi memudahkan urusan semakan WTD online, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan portal eGUMIS.

Untuk menggunakan sistem tersebut, anda perlu ikut beberapa langkah mudah di bawah:

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Daftar Klik Sini. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal. 
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu. 
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna. 
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Untuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang.

Sistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari.

Cara Membuat Tuntutan WTD eGUMIS

Proses Tuntutan WTD

Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:

  • Empunya/pemilik WTD sendiri; 
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  • pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan 
  • Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Untuk maklumat lanjut sila rujuk garis panduan tuntutan WTD.

SEMAK WANG TAK DITUNTUT ANDA SEKARANG!!


Advertisement



One Pingback

Comments are closed.