Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah Sesi 2023/2024

PENGUMUMAN PENTING :

Semakan kelayakan bagi permohonan kategori lepasan SPM, STAM dan Diploma Qiraat akan dibuka pada 23 Julai 2021(Jumaat) mulai jam 12.30 tengah hari sehingga 6 Ogos 2021 (Jumaat) sehingga jam 5.00 petang. 

Sehubungan itu, pemohon boleh menyemak keputusan berkenaan melalui pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah.


Pemohon yang layak perlu memuat naik dokumen sokongan melalui sistem ini bermula pada 23 Julai 2021(Jumaat) jam 12.30 tengah hari dan sistem akan ditutup pada 6 Ogos 2021 (Jumaat) jam 5.00 petang.

IKLAN PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR DAN JORDAN) BAGI SESI KEMASUKAN 2021/2022

Pengumuman Terkini :

  1. Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi kemasukan 2021/2022 perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah.
  2. Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat dibuka pada 2 Jun 2021 (Rabu) mulai jam 10.30 pagi dan akan ditutup tujuh (7) hari selepas keputusan rasmi STAM dan SPM diumumkan.
  3. Selepas keputusan rasmi STAM dan SPM diumumkan, pemohon perlu mengemas kini permohonan secara dalam talian. Sistem permohonan akan kekal dibuka sehingga tarikh tutup permohonan (sepertimana yang dinyatakan di perenggan 2).
  4. Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah dalam bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi hanya diproses oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja.
  5. KPT tidak melantik mana-mana ejen dalam sebarang urusan pelajar ke Timur Tengah. Sekiranya pihak pelajar atau ibu bapa berhasrat melantik ejen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah, pihak pelajar atau ibu bapa adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko yang bakal dihadapi.

Baca Juga : SENARAI PENUH BIASISWA UNTUL LEPASAN SPM/STPM KLIK SINI

Untuk Info Lanjut dan Panduan Permohonan KLIK SINI | Untuk Mohon KLIK SINI


Advertisement