• Home
  • Contact
  • Disclaimers
  • Privacy Policy
INDEX.MY

INDEX.MY

Sumber Informasi Terkini

Skip to content
Menu
  • Home
  • Info Bantuan Kerajaan
  • Info Biasiswa
  • Info Pendidikan
  • Info Kerjaya

Permohonan MyUPU Online 2020/2021

by AdminPosted onFebruary 16, 2020March 5, 2020

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM) melancarkan MyUPU, sebuah portal permohonan bersepadu terbaharu untuk kemasukan ke semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata ia bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) membuat permohonan tunggal bagi melanjutkan pengajian ke semua IPT dalam negara ke peringkat sarjana muda, asasi, diploma dan sijil mulai sesi akademik 2020/2021.

Katanya, ia termasuk Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“Sebelum ini permohonan untuk ke Kolej Matrikulasi dan IPG tidak menerusi UPU Online, namun dengan portal

baharu MyUPU tahun ini, permohonan ke semua IPT dibuat menerusi konsep ‘single window, single offer’.

“Tujuannya adalah supaya tiada lagi tawaran bertindih diterima mana-mana pemohon berikutan tahun lalu sebanyak 10,000 tempat ke IPT tidak diisi berikutan ramai pemohon menerima tawaran bertindih dan ini sangat merugikan kerana ada pemohon yang tidak menerima tawaran langsung.

“Kita mempunyai 135,000 kapasiti atau peluang melanjutkan pelajaran ke semua IPT tahun ini dan diharap kesemua tempat itu diisi tanpa tempat yang dibazirkan.

“Menerusi MyUPU, pelajar hanya akan membuat satu permohonan untuk melanjutkan pelajaran di dalam satu portal tunggal sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pemohon melanjutkan pelajaran di samping meningkatkan kecekapan dan memaksimumkan penempatan pelajar ke dalam program pengajian pilihan mereka, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jom Masuk IPT 2020 (JMIPT 2020)

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manuasia Johor, Aminolhuda Hassan, Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Prof Datuk Dr Mohd Saleh Jaafar dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof Datuk Dr Wahid Omar.

Sementara itu, Nie Ching berkata, penganjuran program Jom Masuk IPT adalah seiring dengan pembukaan permohonan kemasukan pelajar ke IPT awam.

Katanya, permohonan mula dibuka pada 24 Februari sehingga 31 Mac (bagi lepasan SPM)dan 24 Februari sehingga 7 April (bagi lepasan STPM/setaraf) yang boleh dikemukakan secara dalam talian menerusi MyUPU di http://upu.moe.gov.my.

Mengenai program Jom Masuk IPT 2020 pula,Nie Ching berkata, ia akan diadakan di lapan lokasi seluruh negara dengan program pembukaan diadakan di Persada,Johor Bahru bermula hari ini sehingga esok.

“Selepas ini, program ini akan menjelajah ke Pahang, Kedah, Sabah, Perak, Terengganu, Sarawak dan terakhir di Serdang, Selangor yang dijangka berakhir pada 29 Februari ini.

“KPM menyasarkan kehadiran seramai 230,000 pelajar di kesemua lapan lokasi yang akan memamerkan 100 booth membabitkan 75 wakil termasuk 20 UA,Kolej Matrikulasi selain universiti swasta seluruh negara, ” katanya.

Artikel Berkaitan : Cara Mohon MyUPU Online 2020/2021

Advertisement


Visited 2,265 times, 1 visit(s) today
Baca Juga :
  • Semakan Temuduga UPUOnline Sesi 2026/2027
    Semakan Temuduga UPUOnline Sesi 2026/2027
  • Permohonan Online UPU 2026/2027
    Permohonan Online UPU 2026/2027
  • Semakan Keputusan Calon Jaya dan Permohonan Rayuan Matrikulasi KPM bagi Sesi 2026/2027
    Semakan Keputusan Calon Jaya dan Permohonan Rayuan Matrikulas...
  • Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) MARA 2026 – Semakan Tawaran Temuduga YTP MARA
    Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) MARA 2026 – Semaka...
  • Senarai Syarikat GLC Tahun 2025 / 2026
    Senarai Syarikat GLC Tahun 2025 / 2026
  • Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah Sesi 2026
    Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah Sesi 2026
Posted in Info Pendidikan, Info Semasa, Info UmumTagged Cara Mohon MyUPU, Login MyUPU 2020, Permohonan MyUPU 2020

Published by Admin

View all posts by Admin

Post navigation

Prev Semakan dan Permohonan eGtukar Guru 2020
Next Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Carian Index

Trending

  • 1
    Permohonan Online UPU 2026/2027
    Permohonan Online UPU 2026/2027
  • 2
    Syarat Kelayakan Program Matrikulasi KPM 2025/2026
    Syarat Kelayakan Program Matrikulasi KPM 2025/2026
  • 3
    Senarai Syarikat GLC Tahun 2025 / 2026
    Senarai Syarikat GLC Tahun 2025 / 2026
  • 4
    Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) MARA 2026 – Semakan Tawaran Temuduga YTP MARA
    Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) MARA 2026 – Semaka...
  • 5
    Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Tahun 2025 bagi Lepasan SPM 2024
    Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 Tahun 2025 ba...
  • 6
    Semakan Keputusan Calon Jaya dan Permohonan Rayuan Matrikulasi KPM bagi Sesi 2026/2027
    Semakan Keputusan Calon Jaya dan Permohonan Rayuan Matrikulas...
  • 7
    Semakan UPU Online 2026 | Tawaran Kemasukan ke IPTA Sesi 2026/2027
    Semakan UPU Online 2026 | Tawaran Kemasukan ke IPTA Sesi 2026...
  • 8
    Senarai Skim Bantuan Awal Pelajar IPT 2026
    Senarai Skim Bantuan Awal Pelajar IPT 2026
  • 9
    Senarai Universiti Terbaik Malaysia dan Dunia Tahun 2026 – World University Rangkings
    Senarai Universiti Terbaik Malaysia dan Dunia Tahun 2026 &#82...
  • 10
    Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara – KPM
    Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara –...

Senarai Biasiswa Terkini 2025

  • Biasiswa Yayasan Sultan Azlan Shah
  • Biasiswa Hong Leong Scholarship
  • Biasiswa BPMB Award of Group Undergraduate Scholarship (BAGUS)
  • Biasiswa CIMB ASEAN Scholarship
  • Biasiswa OCBC Scholarship 2026
[ Info Kerja Kosong / Info Biasiswa / Info Semakan / Info Permohonan / Info Bantuan Kerajaan / Malaysia Scholarships ] – © Copyright 2025 – INDEX.MY
Allium Theme by TemplateLens ⋅ Powered by WordPress