Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Tetap / Kontrak di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagaimana berikut.

Bil.Jawatan dan GredKekosonganPenempatan
1.Pegawai Ehwal Ekonomi E91Ibu Pejabat
2.Jurutera J91Ibu Pejabat
3.Pembantu Ehwal Ekonomi E17Bintulu Sarawak dan Semenanjung
4.Juruteknik Komputer FT11Perlis
5.Penjaga Jentera Elektrik J11Kedah
6.Pembantu Juruaudit W11Ibu Pejabat
7.Pembantu Khidmat Am H18Seluruh Malaysia

Tarikh tutup permohonan 03 Jun 2025 (Selasa).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Badan Berkanun

Syarat-syarat Umum

i. Warganegara Malaysia.
ii. Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Tempoh Percubaan (Bagi lantikan tetap)

i. Di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.

ii. Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Syarat Secara Lantikan hendaklah :

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun ; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Permohonan

1. Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui laman web perjawatan FAMA (sila kepautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil secara hard copy tetapi PERLU memuat naik sijil-sijil tersebut semasa permohonan dibuat. Sekiranya sijil-sijil tidak dimuat naik maka permohonan akan DITOLAK.

3. Permohonan bagi Gred 9 dan Gred 5 perlu memuat naik surat Pengiktirafan Akreditasi bidang Pengajian dari sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (MQA). Pemohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

4. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

5. Tarikh tutup iklan jawatan adalah pada pada 03 Jun 2025.

Pertanyaan / Helpdesk

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pelantikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ditalian: 03-61262020 samb: 2212, 2300, 2341, 2043, 2059.

Atau emailkan kepada permohonan@fama.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.

UNTUK INFO LANJUT DAN CARA MOHON KLIK SINI



Visited 102 times, 1 visit(s) today