Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Tahun 2025

Universiti Al-Azhar merupakan antara Universiti tertua bukan sahaja di Mesir tetapi juga di dunia yang diasaskan pada tahun 970.
Kampus universiti ini terletak di Kaherah, Mesir dan telah menghasilkan ribuan graduan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang Agama.
Walau bagaimanapun, universiti ini tidak ketinggalan menawarkan program Perubatan dan Pergigian kepada pelajar yang beminat dalam bidng ini.
Program Perubatan ditawarkan dalam bentuk kuliah dan peperiksaan secara konvesional bahkan pelajar di wajibkan mengambil subjek agama dan menghafal beberapa juzuk al-Quran.
Perbezaan paling ketara antara di universiti ini dan universiti lain ialah pengasingan gender di mana terdapat Fakulti Perubatan dan Pergigian untuk lelaki dan Fakulti Perubatan untuk perempuan. Begitu juga dengan Fakulti Pergigian.
Malah, kedua-dua fakulti ini mempunyai sistem pentadbiran dan bangunan yang tersendiri.
Syarat Umum
Syarat umum untuk memohon pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:
- Pemohon adalah Bumiputera Islam dan warganegara Malaysia dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2025 tidak melebihi 30 tahun.
- Tidak menerima atau bukan dalam tajaan/bantuan kewangan daripada MARA atau mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
- Pendapatan keluarga (Ibu dan bapa / penjaga sah) tidak melebihi RM50,000.00 sebulan atau tidak melebihi RM600,000.00 pendapatan bercukai tahunan.
Syarat Khusus
Syarat khusus untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lepasan tahun 2024
– Memperolehi Gred A- dalam lapan (8) subjek berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
– Bahasa Arab SPM : Memperolehi Gred B+
– Persediaan / Asasi / Matrikulasi Sains: Memperolehi CGPA 3.50
– Keutamaan kepada hafal Al-Quran sekurang-kurangnya 10 juzuk.
Cara Memohon
Bagi tujuan permohonan melanjutkan pengajian ke negara Timur Tengah (Mesir), pemohon perlu terlebih dahulu membuat permohonan secara atas talian di portal Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) menerusi sistem e-Timur Tengah di pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah selewatnya-lewatnya pada 31 Mei 2025 (Sabtu), jam 5.00 petang.
Hanya pemohon yang berjaya mendapat surat tawaran yang dikeluarkan oleh KPT sahaja yang layak memohon penajaan pinjaman pelajaran MARA bagi kursus Perubatan dan Pergigian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Disertakan pautan link untuk maklumat permohonan di atas https://online.anyflip.com/shdgj/kwse/mobile/index.html
Follow Telegram MARA >> https://t.me/majlisamanahrakyat
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pinjaman pelajaran MARA ini, sila layari laman web https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah.
