Permohonan Online Latihan Separa Perubatan Lepasan SPM

Program ini merupakan sebuah program pengajian yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pencari kerja lepasan SPM seluruh negeri. Untuk pengetahuan anda juga, dalam program pengajian ini, pelatih akan diberikan elaun sara diri sepanjang tempoh pengajian dan penginapan pelatih turut disediakan. Bukan itu sahaja, pekerjaan juga sudah tersedia untuk pelatih kerana sebaik sahaja tamat tempoh latihan pengajian, Kementerian Kesihatan akan menempatkan anda di hospital-hospital kerajaan untuk bekerja. Selain itu, anda juga tidak akan dikenakan sebarang yuran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini. Anda boleh membuat permohonan secara online di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Di dalam artikel ini akan dikongsikan cara-cara untuk anda membuat permohonan tersebut.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan dan anda haruslah meneliti setiap satu daripada syarat ini. Pastikan anda telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan ini sebelum anda membuat permohonan. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Pemohon perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan lain yang setaraf dengannya dan mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
  • Pemohon yang memohon menggunakan sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut bagi memastikan kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan sijil penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
  • Lulus enam subjek dalam SPM dengan subjek Bahasa Melayu mendapat gred kepujian dan selebihnya peringkat lulus dalam satu peperiksaan.
  • Lulus enam subjek termasuk Bahasa Melayu dengan dua subjek lain di peringkat kepujian dan selebihnya peringkat lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
  • Memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada kepujian atau lulus dan subjek-subjek tertentu sepertimana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
    Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam subjek Bahasa
  • Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Bagi calon yang layak, surat panggilan temuduga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal rasmi SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
  • Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah selama satu tahun. Calon perlu isi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang daripada 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/ Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

Berikut merupakan senarai latihan separa perubatan yang ditawarkan. Anda bolehlah memilih mana-mana latihan yang anda minat.

  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Fisioterapi
  • Latihan Jururawat
  • Latihan Juruterapi Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam program separa perubatan ini hanya dibuka secara online. Anda yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan. Berikut merupakan cara-cara permohonan. 1.) Layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Link Portal Rasmi SPA di bawah.

2.) Masukkan ID dan kata laluan.


3.) Sekiranya anda belum ada akaun, cipta ID dan kata laluan anda.


4.) Setelah berjaya masuk, pilih Borang Permohonan Pekerjaan.


5.) Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul. (Letakkan Separa Perubatan pada jawatan dipilih)


6.) Tekan butang ‘simpan’.

Sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang ini, Mohon Sekarang!! .. Moga Berjaya

Baca Juga : Senarai Terkini Jawatan Kosong 2020 DiBuka untuk Permohonan


Advertisement