Senarai Tugas Kurator Gred S9

Kurator Gred S9

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab:Jabatan Muzium Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara Malaysia, Muzium Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
  • Jadual Gaji:

Kurator Gred S9

KLASIFIKASI PERKHIDMATANSOSIAL
KUMPULAN PERKHIDMATANPENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SYARAT LANTIKAN1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Sosiologi, Antropologi, Sejarah, Kaji Purba, Zoologi, Sastera, Seni Lukis, Seni Reka, Seni Halus, Seni Bina, Permuziuman, Konservasi atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atauIjazah Sarjana dalam bidang Permuziuman yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,020.00).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN3.Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Kurator adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Kurator Gred S9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); ataululus Peperiksaan Khas; danhad umur pelantikan:berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atauberumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atauberumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN4.Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN5.Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: memenuhi tempoh percubaan;hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dandiperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED S106.Kurator Gred S9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Kurator Gred S10 yang kosong apabila telah:disahkan dalam perkhidmatan;mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dandiperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED S127.Kurator Gred S10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Kurator Gred S12 yang kosong apabila telah:mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dandiperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED S138.Kurator Gred S12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Kurator Gred S13 yang kosong apabila telah:mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dandiperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED S149.Kurator Gred S13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Kurator Gred S14 yang kosong apabila telah:mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dandiperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI10.Kurator Gred S14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
DESKRIPSI TUGASBertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.

MUAT TURUN NOTA RAHSIA PERSIAPAN TEMUDUGA KERAJAAN KLIK SINI!!

MUAT TURUN CONTOH UJIAN PSIKOMETRIK KLIK SINI!!

UNTUK SENARAI JAWATAN KOSONG TERKINI KLIK SINI!



Visited 374 times, 1 visit(s) today