• Home
  • Contact
  • Disclaimers
  • Privacy Policy
INDEX.MY

INDEX.MY

Sumber Informasi Terkini

Skip to content
Menu
  • Home
  • Info Bantuan Kerajaan
  • Info Biasiswa
  • Info Pendidikan
  • Info Kerjaya

Permohonan dan Cara Daftar BTR 2023 – Bantuan Tunai Rakyat

by AdminPosted onJanuary 9, 2023January 9, 2023

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini.

Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 (Sesi Pagi).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat 2023 untuk makluman bersama.

Apakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023)?

BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.

Jumlah Bayaran

Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.

Tarikh Bayaran BTR 2023

Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1 pada Januari 2023.

Adakah Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Sama Dengan BKM?

Buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima BTR 2023 tidak diumumkan secara terperinci dalam pembentangan Mini Bajet pada 20 Disember 2022.

Semakan Bantuan Tunai Rakyat BTR Lulus Atau Tidak

Individu yang telah mendapat bantuan kerajaan seperti BSH, BPN, BPR dan BKM akan terus menerima bantuan ini.

Walaubagaimanapun, semakan boleh dibuat di laman sesawang https://btr.hasil.gov.my (akan diaktifkan tidak alam lagi)

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan bantuan sama ada lulus atau tidak;

  1. Pemohon boleh klik pada bahagian “Log Masuk BTR” dan masukkan nombor kad pengenalan pemohon seperti pada rajah di bawah ini
  2. Kemudian, klik pada butang “Semak”.
  3. Masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Log Masuk”.
  4. Paparan menu utama akan dipaparkan kepada pemohon.
  5. Klik pada bahagian “Semakan Status”.
  6. Akhir sekali, paparan status permohonan akan dipaparkan menunjukkan pemohon lulus untuk mendapat bantuan atau tidak.

Jadual Bayaran BTR 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima yang layak mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Berikut merupakan kategori penerima BTR yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan;

KATEGORIBILANGAN ANAK / PENDAPATANJUMLAH BANTUAN
Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 sebulan5 orangRM2500
Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 sebulan1-4 orangRM1000 – RM2000
Pendapatan isi rumah antara RM2500 sehingga RM5000Bergantung kepada bilangan anakRM500 – RM1250
BujangBergantung kepada pendapatanRM350
Warga emas tiada pasangan Bergantung kepada pendapatanRM600
Ibu / Bapa TunggalBergantung kepada pendapatanTambahan RM500

Perlu daftar BTR untuk penerima BKM, BSH dan BPN?

Mengikut pemerhatian kami sebelum ini, pemohon tidak perlu buat permohonan baru bagi Bantuan Tunai Rakyat. Boleh terus check dan buat semakan BTR apabila dibuka nanti.

Bagi yang tidak terima apa-apa bantuan, ikuti cara daftar BTR seperti di atas.

Bagi yang layak, untuk terima Bantuan Tunai Rakyat 2023 yang terbaru ini, anda hanya perlu kemaskini BTR.

Ini adalah untuk memastikan data dan maklumat peribadi anda adalah yang terkini agar mudah diproses oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Contoh perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

  • Sekiranya dulu bujang dan sekarang berkahwin, anda perlu kemaskini BTR. Ini adalah disebabkan amaun bantuan sudah tidak sama.
  • Sekiranya dulu berkahwin tetapi belum ada anak, dan sekarang sudah ada anak, anda juga perlu buat kemaskini. Ini juga disebabkan amaun bantuan sudah tidak sama.
  • Jika dulu anak 1, sekarang anak 2; anda juga perlu membuat kemaskini.
  • Dulu nombor telefon lain, sekarang nombor telefon lain; anda mesti mengemaskini maklumat phone number yang baru
  • Dulu nombor akaun bank lain, sekarang nombor akaun bank lain; anda mesti mengemaskini maklumat account number yang baru

NOTA: Jumlah bayaran penuh dan kategori kelayakan dijangka akan diumumkan sepenuhnya melalui Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Februari 2023 nanti.



Visited 15,183 times, 1 visit(s) today
Baca Juga :
  • Permohonan dan Semakan Status 11 Kategori Bantuan JKM 2025
    Permohonan dan Semakan Status 11 Kategori Bantuan JKM 2025
  • Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah dan Biasiswa Kerajaan Maghribi
    Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah dan Biasiswa Kerajaan Ma...
  • Bantuan Zakat IPTA / IPTS MAIDAM 2025
    Bantuan Zakat IPTA / IPTS MAIDAM 2025
  • Senarai Terkini Bantuan Kerajaan Malaysia 2025
    Senarai Terkini Bantuan Kerajaan Malaysia 2025
  • Senarai Skim Bantuan Awal Pelajar IPT 2025
    Senarai Skim Bantuan Awal Pelajar IPT 2025
  • Senarai 25 Bantuan Pendidikan Tinggi Untuk Pelajar IPT 2025 dari Pelbagai Agensi Kerajaan
    Senarai 25 Bantuan Pendidikan Tinggi Untuk Pelajar IPT 2025 d...
Posted in Info Bantuan KerajaanTagged BTR 2023 Hasil, BTR 2023 LHDN, Daftar BTR 2023, Login BTR 2023, Semakan BTR 2023, Semakan Status BTR 2023

Published by Admin

View all posts by Admin

Post navigation

Prev Biasiswa JPA (Program Penajaan Nasional)
Next Permohonan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Carian Index

Trending

  • 1
    Senarai Syarikat GLC Tahun 2023/2024/2025
    Senarai Syarikat GLC Tahun 2023/2024/2025
  • 2
    Permohonan Rayuan STR 2025 dan Kod Alasan Kenapa Tidak Lulus
    Permohonan Rayuan STR 2025 dan Kod Alasan Kenapa Tidak Lulus
  • 3
    Senarai Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
    Senarai Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1
  • 4
    STR 2025 | Sumbangan Tunai Rahmah 2025 – Semakan Kelulusan dan Cara Login
    STR 2025 | Sumbangan Tunai Rahmah 2025 – Semakan Kelulu...
  • 5
    Senarai Terkini Bantuan Kerajaan Malaysia 2025
    Senarai Terkini Bantuan Kerajaan Malaysia 2025
  • 6
    Semakan Online Keputusan Rayuan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2025
    Semakan Online Keputusan Rayuan Permohonan Biasiswa JPA Tahun...
  • 7
    JPJeBid | Cara Bida dan Semak Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini
    JPJeBid | Cara Bida dan Semak Nombor Pendaftaran Kenderaan Te...
  • 8
    Semakan PKSK 2025 Online | Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus
    Semakan PKSK 2025 Online | Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus
  • 9
    Semakan UPU Online 2025 | Tawaran Kemasukan ke IPTA Sesi 2025/2026
    Semakan UPU Online 2025 | Tawaran Kemasukan ke IPTA Sesi 2025...
  • 10
    Senarai Tugas Akauntan Gred WA9
    Senarai Tugas Akauntan Gred WA9

Senarai Biasiswa Terkini 2025

  • Budimas Scholarship Program
  • Biasiswa Yayasan UEM Scholarship
  • Biasiswa Gadang Scholarship
  • Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia – Future Leaders Scholarship
  • Biasiswa Ecoworld Foundation Scholarship Program
[ Info Kerja Kosong / Info Biasiswa / Info Semakan / Info Permohonan / Info Bantuan Kerajaan / Malaysia Scholarships ] – © Copyright 2025 – INDEX.MY
Allium Theme by TemplateLens ⋅ Powered by WordPress