Permohonan Online UPU 2026/2027
Permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2026/2027 kini dibuka.
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan serta tarikh penting bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar.. #Cara Permohonan UPU 2026 #Daftar UPU Online 2026 #Login UPU 2026 | Syarat dan Panduan Penuh Isi dan Mohon Secara Online

Permohonan Baharu Kemasukan UPU, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Kemahiran Tinggi Awam Melalui UPUOnline Sesi Akademik 2026/2027

UPUOnline diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi untuk memudahkan pelajar Lepasan SPM dan STPM untuk permohonan kemasukan ke pengajian peringkat tinggi. KPM, JPT telah membuat pengumuman bahawa permohonan UPUOnline bagi kemasukan 2026 telah dibuka. Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2026/2027 boleh dibuat secara online mengikut kelayakan masing-masing.
Permohonan Fasa Perdana ini akan dibuka bermula 29 Januari 2026 (12.00 tengah hari) sehingga 12 April 2026 (5.00 petang) bagi lepasan SPM. Manakala bagi lepasan STPM / Setaraf telah ditutup.
Calon-calon diingatkan untuk membuat permohonan awal dan tidak menunggu sehingga saat-saat akhir
Sila baca dengan teliti segala arahan dan pastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan terkini
Calon-calon adalah bertanggungjawab penuh terhadap maklumat yang diisi

PERHATIAN LEPASAN SPM! MASA UNTUK BERTINDAK! ![]()
Dah dapat keputusan, sekarang masanya untuk tentukan hala tuju korang! Jangan sampai terlepas peluang keemasan ini. ![]()
![]()
Tarikh Penting: 4 – 12 April 2026
Layari
: upu.mohe.gov.my
Ingat, fasa ini hanya untuk PEMILIHAN & PENYUSUNAN PROGRAM SAHAJA. Susun betul-betul ikut minat dan kelayakan korang supaya tak menyesal kemudian hari! ![]()
Tag kawan korang yang tengah ‘blur’ nak buat apa tu! ![]()
Siapa Boleh Mohon UPU 2026?
Berikut ialah kategori individu yang layak untuk memohon UPUOnline Sesi Akademik 2026/2027:
1. Kategori Lepasan SPM
- Calon SPM 2025: Pelajar yang baru sahaja menduduki peperiksaan SPM.
- Calon SPM 2024 & 2023: Pemohon lepasan SPM bagi dua tahun kebelakang juga masih layak memohon.
2. Kategori Lepasan STPM/Setaraf
- STPM 2025: Calon yang menduduki peperiksaan STPM pada tahun semasa.
- Matrikulasi / Asasi (Sesi 2025/2026): Termasuk Matrikulasi KPM, Asasi Sains/Sains Sosial UM, Asasi Pintar UKM, Asasi UiTM, dan Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik.
- STAM 2025 & 2024: Calon lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi tahun semasa dan tahun sebelumnya.
- Diploma / Setaraf: Ini merangkumi pemegang Diploma daripada UA, Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS, luar negara, atau ILKA.
- Kelayakan Lain: Termasuk DKM, DLKM, DVM, A-Level, IB, Sekolah Sukan, AUSMAT, SAM, CPU, serta Foundation daripada IPTS.
- Bukan Tahun Semasa: Calon lepasan STPM, Matrikulasi KPM, Asasi, atau STAM bagi tahun-tahun sebelum ini juga layak memohon di bawah kategori Diploma/Setaraf.
Cara Permohonan UPU 2026
Permohonan UPU 2026 Bagi Kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) Sesi Akademik 2026/2027 boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my
enawaran Program Pengajian UPUOnline 2026
Sistem UPUOnline pada tahun ini menawarkan pilihan yang sangat luas bagi memenuhi pelbagai minat dan kelayakan akademik pelajar seperti berikut:
- Lepasan SPM: Sebanyak 363 program pengajian ditawarkan khusus untuk calon lepasan SPM.
- Lepasan STPM/Setaraf: Sebanyak 1,146 program pengajian ditawarkan untuk calon lepasan STPM/Setaraf.
- Program-program ini ditawarkan oleh pelbagai institusi pendidikan awam yang merangkumi Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK), dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui info terkini dan maklumat lanjut Permohonan UPU 2026, sila ikuti platform media sosial rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) untuk maklumat terkini berkaitan UPUOnline.
BKPA UPU (TikTok • Facebook • Telegram • Instagram • YouTube)
Tiktok BKPA UPU https://tinyurl.com/BKPAUPU
Sebarang pertanyaan berkaitan UPUONLINE
, boleh hubungi BKPA melalui:
- Maklumbalas UPU: jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
- E-mel: upu@mohe.gov.my
- UPUChat: https://upuchat.org/
Soalan Lazim Permohonan UPU 2026
Bilakah tarikh penting permohonan UPUOnline 2026?
Pembelian No. Pin BSN: Bermula 28 Januari 2026 sehingga 15 Mei 2026.
Pembukaan Permohonan Fasa 1: Dibuka pada 29 Januari 2026 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.
Penutupan Permohonan Fasa 1: Ditutup pada 23 Mac 2026 (Isnin) jam 5.00 petang.
Pembukaan Permohonan Fasa 2: Khusus untuk Lepasan STPM/Setaraf bermula 13 April 2026 sehingga 15 Mei 2026.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Nombor Pin UPUOnline?
Pemohon perlu membeli Nombor Pin Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan. Harga satu Nombor Pin adalah RM10.60, termasuk caj perkhidmatan.
Saluran pembelian yang disediakan merangkumi 387 Kaunter Cawangan BSN, 843 unit ATM BSN, dan perbankan internet melalui myBSN. Pihak BSN akan membekalkan Nombor Pin tersebut berserta salinan resit pembayaran untuk rujukan pemohon.
Siapakah yang layak memohon UPU bagi tahun 2026?
Kategori Lepasan SPM: Terbuka kepada calon SPM 2025, serta lepasan SPM 2024 dan 2023.
Kategori Lepasan STPM/Setaraf: Merangkumi calon STPM 2025, pelajar Matrikulasi KPM/Asasi Sesi 2025/2026, calon STAM 2025 & 2024, serta pemegang Diploma/Setaraf (termasuk DKM, DLKM, DVM, A-Level, IB, Foundation IPTS, dan lain-lain).
Berapakah jumlah program pengajian yang ditawarkan?
Lepasan SPM: Terdapat sebanyak 363 program pengajian yang ditawarkan.
Lepasan STPM/Setaraf: Sebanyak 1,146 program pengajian disediakan.
Apakah perbezaan antara Permohonan Fasa 1 dan Fasa 2?
Fasa 1: Terbuka kepada semua kategori dan merangkumi pilihan bagi program yang mempunyai elemen temu duga dan/atau ujian.
Fasa 2: Hanya dibuka untuk kategori Lepasan STPM/Setaraf, namun program pengajian yang bertemuduga atau memerlukan ujian tidak lagi ditawarkan pada fasa ini.
Adakah syarat permohonan sama untuk semua kursus?
Tidak. Terdapat syarat am (SPM, PNGK, MUET) dan syarat khas mengikut program seperti keperluan mata pelajaran tertentu, temuduga atau ujian khas.
Bagaimana cara memohon UPU 2026?
Pemohon perlu daftar akaun, isi borang secara dalam talian di portal UPUOnline, memilih program (sehingga 12 pilihan bagi lepasan SPM) dan menghantar permohonan sebelum tarikh tutup.
Bolehkah saya kemas kini permohonan selepas hantar?
Pemohon boleh membuat semakan dan kemas kini permohonan beberapa kali dalam tempoh dibenarkan, tetapi elakkan menunggu saat akhir bagi mengelakkan gangguan sistem.
Apakah dokumen yang perlu disediakan semasa memohon?
Slip keputusan SPM/STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM/Diploma, keputusan MUET (jika berkaitan), serta maklumat kokurikulum dan maklumat peribadi seperti nombor MyKad dan alamat.
Apakah syarat am lepasan SPM ke Asasi/Diploma?
Asasi di UA/Politeknik Premier biasanya memerlukan sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah, manakala Diploma memerlukan sekurang‑kurangnya tiga kepujian.
Apakah syarat asas lepasan STPM/Setaraf ke ijazah sarjana muda?
Minimum PNGK 2.00 STPM dengan gred C dalam tiga mata pelajaran termasuk Pengajian Am, atau PNGK 2.00 bagi Matrikulasi/Asasi, atau STAM sekurang-kurangnya Jayyid, serta MUET minimum Band 1 (atau lebih tinggi mengikut kursus).
Bagaimana cara semak syarat khas program?
Pemohon perlu rujuk e-Panduan di portal UPUOnline atau aplikasi mudah alih UPUPocket untuk semak syarat am, syarat khas dan purata merit setiap program.
Bagaimana pemilihan calon dilakukan?
Pemilihan berasaskan prinsip meritokrasi dengan gabungan markah akademik dan kokurikulum (contoh: 90% akademik, 10% kokurikulum), di samping syarat khas, temuduga/ujian dan kekosongan tempat.
Bolehkah saya memohon rayuan jika tidak berjaya?
Permohonan rayuan akan dibuka selepas keputusan tawaran diumumkan, dan hanya calon yang tidak mendapat sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan melalui sistem yang sama.
Bagaimana cara semak status permohonan dan tawaran?
Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi UPUOnline mengikut tarikh yang ditetapkan dalam kalendar penting UPU.
Baca juga : Sebab dan Kenapa Gagal Permohonan UPU Online
iNFO Penting Lain :-
- Tarikh Penting Permohonan Kemasukan Pelajar Lepasan SPM/STPM Sesi Akademik 2026/2027
- Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan ke UA/IPTA Lepasan SPM
- Cara Kemaskini Borang Permohonan UPU Online
- Cara Semakan Syarat Permohonan UPU Online
- Cara Mohon Online Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM)


4 Replies to “Permohonan Online UPU 2026/2027”
Comments are closed.