Biasiswa Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Untuk Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

6 Biasiswa Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Untuk Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

1. Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)Tajaan biasiswa ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di IPT tempatan dalam bidang-bidang tertentu yang dikenalpasti keperluannya di politeknik dan kolej komuniti, dan juga lepasan diploma / matrikulasi bagi pengajian ke luar negara. Pada dasarnya, pelajar tajaan skim ini akan dilantik sebagai tenaga pengajar di politeknik dan kolej komuniti selepas tamat pengajian dan memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan.

2. Biasiswa Sukan
Bantuan pelajaran ini diwujudkan sebagai satu galakan kepada pemohon yang mempunyai potensi akademik yang cemerlang dan aktif dalam bidang sukan untuk meneruskan pengajian di IPT daripada peringkat diploma sehinggalah ke tahap PhD. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja. Antara tujuannya adalah untuk memastikan atlet pelajar yang mengikuti pengajian di IPT terus cemerlang dalam bidang sukan dan akademik.
3. Bantuan Kewangan Asasi
Program bantuan kewangan untuk program bertaraf asasi diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan. Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk semua pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi tanpa mengira taraf pendapatan.
4. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
Tajaan ini khusus untuk pelajar kolej komuniti peringkat sijil yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM1500 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.
Pinjaman pendidikan ini merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957. Pinjaman ini diberikan kepada pelajar kolej komuniti di peringkat sijil sebagai langkah untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan.
Mulai tahun 2011, program Sijil Kolej Komuniti (SKK) telah diganti dengan Sijil Modular Kebangsaan (SMK) di semua kolej komuniti sebagai sokongan untuk program pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Tajaan ini dikhaskan untuk pelajar yang mengikuti program Sijil Modular Kebangsaan di kolej komuniti tempatan.

Advertisement