Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah dan Biasiswa Kerajaan Maghribi

PENGUMUMAN PERMOHONAN KE TIMUR TENGAH (MAGHRIBI) TAHUN 2025/2026

PENGUMUMAN:

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Maghribi) bagi tahun 2025 akan dibuka mulai 23 Mei 2025 (Jumaat), jam 10.00 pagi dan akan ditutup pada 2 Jun 2025 (Isnin), jam 5.00 petang.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui sistem e-TimurTengah (Maghribi) yang dikendalikan oleh Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui pautan di bawah:

📍 Pautan sistem e-TimurTengah (Maghribi): https://dohe.mohe.gov.my/morocco/

Calon-calon diingatkan untuk membaca dengan teliti segala maklumat berkaitan permohonan ke Timur Tengah (Maghribi) bagi memastikan semua maklumat berkaitan bidang pengajian, syarat permohonan dan tempoh permohonan dapat dipatuhi.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan pihak Bahagian seperti maklumat di bawah.

Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi,
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
No. Tel : 03-8870 6609/ 6226/ 6148/ 5565
E-mail : tt.bem@mohe.gov.my

Sekian, terima kasih.



Visited 1,474 times, 74 visit(s) today