Pengeluaran Khas KWSP RM10k | Syarat dan Cara Pengeluaran Online

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 | RM10k dibenarkan dan akan mula dibuka permohonan pada 1 April hingga 30 April 2022. Amaun Pengeluaran bermula RM50 hingga RM10,000 sahaja. | Syarat dan Tarikh Bayaran dan Kelulusan

PERINCIAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.

Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini dan mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.

Perincian Pengeluaran Khas maksimum RM10,000 KWSP seperti berikut:

  • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
  • Tarikh permohonan online 1-30 April 2022
  • Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
  • Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
  • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)

Ahli juga digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

Maklumat lanjut akan di kemaskini dari masa ke semasa.

Info Penting lain Bantuan Kerajaan


Advertisement



(Visited 235 times, 1 visits today)