Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara – KPM

Permohonan Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi atau singkatannya PPC khusus untuk pelajar Matrikulasi yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian dan berpeluang menjadi pensyarah muda boleh dipohon menerusi pautan https://apps.matrik.edu.my/sltppm/.

Pelajar yang telah menamatkan pengajian DPP dan lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan dilantik sebagai pensyarah muda di kolej matrikulasi KPM.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 12 JANUARI SEHINGGA 21 JANUARI 2026.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian bagi luar negara adalah seperti:

  • Kimia
  • Matematik
  • Sains Komputer
  • Fizik
  • Biologi
  • Perakaunan

Bagi dalam negara pula, bidang pengajian adalah:

  • TESL

Syarat Am Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat am bagi permohonan PPC Matrikulasi :

  • Terbuka kepada semua pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti pengajian di Program Matrikulasi KPM.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred minimum kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  • Mencapai skor minimum lapan dalam penilaian kokurikulum.
  • Tiada rekod disiplin.
  • Sihat tubuh badan.

Syarat Khas

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khas seperti berikut:

1- SYARAT KHAS BAHASA INGGERIS

Minimum gred A bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris SPM dan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) gred B2.

Dalam Negara

  • Minimum PNG 3.0 dalam PSPM Semester I Program Dua Semester atau Semester III Program Empat Semester.
  • Calon perlu memohon program Ijazah Pendidikan TESL di UM melalui UPUOnline.
  • Calon perlu lulus ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temuduga serta memenuhi syarat lain yang ditetapkan UM.

Luar Negara

  • Minimum PNG 3.5 dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I Program Dua Semester atau Semester III Program Empat Semester.

2- SYARAT KHAS STEM DAN PERAKAUNAN (LUAR NEGARA)

  • Minimum PNG 3.5 dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I Program Dua Semester atau Semester III Program Empat Semester.
  • Minimum gred A- keputusan PSPM dalam bidang yang dimohon dan minimum gred B keputusan SPM dalam bidang yang dimohon (Matematik Tambahan/Fizik/Kimia/Biologi/SainsKomputer/ Perakaunan).
  • Mendapat keputusan minimum gred B bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) gred B2.

Tawaran Bersyarat Bahagian Tajaan Pendidikan

Luar Negara

  • Memperoleh keputusan minimum 6.5 dalam International English Language Testing System (IELTS).
  • Disahkan sihat melalui Laporan Pemeriksaan Kesihatan oleh hospital/klinik kerajaan atau swasta.
  • Diterima masuk ke universiti luar negara yang ditetapkan oleh KPM.
  • Hadir dan lulus Kursus Persediaan Pelajar di pusat yang telah ditetapkan oleh KPM.

Dalam Negara

  • Memperoleh sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  • Disahkan sihat melalui Laporan Pemeriksaan Kesihatan oleh hospital/klinik kerajaan atau swasta.
  • Diterima masuk ke Universiti Malaya seperti yang ditetapkan oleh KPM.

Cara Memohon

Pelajar yang berminat untuk memohon tawaran biasisa Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2026 ini boleh menghantar permohonan secara dalam talian melalui portal Matrikulasi KPM di pautan https://apps.matrik.edu.my/sltppm/.

Taklimat Permohonan

Taklimat permohonan akan dibuat seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh: 8 Jan 2026 (Khamis )
  • Jam: 10:00 pagi hingga 4:30 petang
  • Youtube: Jom Masuk Matrik

Soalan Lazim

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC)

1. Apakah itu Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC)?

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) adalah tajaan Biasiswa penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang lepasan SPM dan Matrikulasi yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama di luar negara mengikut syarat yang ditetapkan khususnya bagi memenuhi keperluan perkhidmatan khususnya untuk perkhidmatan keguruan di KPM setelah pelajar tamat belajar kelak.

2. Apakah bidang yang ditawarkan dalam tajaan Biasiswa Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) di bawah KPM?

Untuk tahun 2019, bidang-bidang yang ditawarkan dalam Program PPC adalah terbahagi kepada yang berikut:

PPC Lepasan Matrikulasi: Bidang yang ditawarkan adalah semua bidang yang termasuk dalam kategori Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).

PPC Pendidikan Islam: Bidang yang ditawarkan adalah bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab

3. Apakah syarat-syarat umum untuk memohon tajaan Biasiswa Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC)?

Calon-calon yang berminat untuk memohon penajaan di bawah program ini hendaklah pelajar lepasan SPM (Bagi program PPC Pendidikan Islam) dan pelajar Lepasan Matrikulasi (bagi Program PPC Matrikulasi). Calon-calon juga mestilah memenuhi syarat kelayakan permohonan seperti berikut:

  • (I) Syarat Kelayakan PPC Pendidikan Islam:
    • a) warganegara Malaysia;
    • b) umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan;
    • c) sihat tubuh badan;
    • d) aktif dalam kegiatan kokurikulum;
    • e) lulus SPM dalam Aliran Agama dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang;
    • f) keutamaan diberikan kepada calon-calon berikut:
      • i. memperoleh gred cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Bahasa Inggeris dan Sejarah; dan
      • ii. Lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan Sekolah Menengah Harian yang mengikuti Kelas Aliran Agama (KAA).
  • (II) Syarat Kelayakan PPC Matrikulasi:
    • warganegara Malaysia;
    • memperolehi PNGK 3.5 dan ke atas dalam Peperiksaan Semester 1 Program Matrikulasi (PSPM);
    • memperoleh gred A bagi mata pelajaran dalam bidang pengajian yang dipilih dalam PSPM;
    • memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam SPM;
    • memperolehi sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET); dan
    • memperoleh keputusan minimum B bagi Bahasa Inggeris 1119 dan English GCE-O Level di peringkat SPM dan skor 6.5 bagi IELTS.

4. Apakah struktur pengajian yang ditawarkan dalam program di bawah Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) di bawah KPM?

Struktur pengajian yang ditawarkan dalam program PPC ini adalah seperti butiran berikut:

  • PPC Lepasan Matrikulasi: Satu (1) bulan persediaan di Malaysia, tiga (3) tahun di peringkat ijazah pertama di luar negara & lapan belas (18) bulan di peringkat Diploma Pascasiswazah Pendidikan
  • PPC Pendidikan Islam: Satu (1) bulan persediaan di Malaysia, empat (4) tahun di peringkat ijazah pertama di luar negara & lapan belas (18) bulan di peringkat Diploma Pascasiswazah Pendidikan

5. Apakah ikatan kontrak yang termaktub di dalam Perjanjian Biasiswa Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) setelah pelajar menamatkan pengajian?

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh KPM dan telah tamat jaya program ini adalah tertakluk kepada terma ikatan kontrak perjanjian KPM seperti berikut:

Pelajar perlu berkhidmat dengan Kerajaan di bawah Skim Perkhidmatan Perguruan setelah tamat pengajian.

Tempoh ikatan kontrak bersama kerajaan adalah selama lapan (8) tahun; dan

Pelajar yang melanggar kontrak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan perjanjian dengan bayaran ganti rugi kos sebenar.

6. Adakah pihak KPM membenarkan saya menukar kursus, bidang atau universiti tanpa membatalkan penajaan saya?

Tidak. Sebarang pertukaran kursus, bidang atau universiti adalah tidak dibenarkan tanpa kelulusan daripada KPM terlebih dahulu. Permohonan haruslah dilakukan atas sebab-sebab yang kukuh dan munasabah. Ini adalah berikutan objektif asal penajaan PPC adalah bagi memenuhi unjuran keperluan keguruan di KPM dan perubahan yang dibuat oleh pelajar pastinya akan menjejaskan perancangan awal Kementerian. Penamatan dan tindakan penguatkuasaan perjanjian boleh dikenakan sekiranya pelajar melanggar mana-mana syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila ikuti saluran berikut:

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara – KPM

MOHON SEKARANG!! MOGA BERJAYA… | Untuk Senarai Penuh Biasiswa KLIK SINI



Visited 5,490 times, 7 visit(s) today