Senarai Tugas Juruaudit Gred W41


 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Audit Negara
Jadual Gaji:
P1T1 RM1702.81 – P1T27 RM4688.95
P2T1 RM1798.82 – P2T27 RM4968.61
P3T1 RM1899.01 – P3T27 RM5255.39
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T3 RM1886.49]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8 RM2345.69]; atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8 RM2345.69]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9 RM2437.53]; atau
  • Ahli Penuh Malaysia Institut Akauntan Malaysia.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T10 RM2529.37]; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

Advertisement