Senarai Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

MyPortfolio | Diskripsi & Senarai Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29/N32/N36

Diskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), seorang Penolong Pegawai Tadbir N29, bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang

Untuk memahami apakah bidang tugas penolong pegawai tadbir, ianya boleh dipecahkan seperti berikut.

Tugas-Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

1. Pengurusan

Penyeliaan dan kepimpinan dalam jabatan/organisasi. Maknanya anda terlibat membantu dalam tugasan mengurus/selia/memimpin jabatan/ anda berkhidmat termasuk kakitangannya.
Menyelesai masalah dan membuat keputusan dari isu-isu yang timbul berkaitan petadbiran/ penyeliaan jabatan anda
Mengurus perjalanan tugas/projek/perjalanan satu-satu jabatan termasuk pengurusan kakitangan

2. Pentadbiran Pejabat

Sistem Fail dan Rekod – mengurus dengan efektif sistem failing/rekod unit/jabatan termasuk membuka fail baru, penutupan fail/rekod, pembukaan semula, pelupusan, arkib..
Surat menyurat – menguruskan penyediaan surat, penghantaran surat – keluar dan masuk.
Pengurusan mesyuarat – penganjuran mesyuarat, penyediaan minit menysuarat.
Perhubungan – berkomunikasi dengan pelanggan kerajaan, termasuk rakyat
Arahan Keselamatan – memastikan panduan keselamatan disediakan di setiap unit/jabatan.
Etika dan Protokol – menguruskan/menerangkan etika/protocol kerja kepada kakitangan

3. Hal berkaitan Kewangan

Belanjawan dan perakaunan – menguruskan perbelanjaan unit/jabatan untuk kursus, majlis, mesyuarat dan menyediakan akaun untuk kesemua perbelanjaan.
Prosedur pembelian, stok, penjualan dan sewaan – menyediakan prosedur dalam urusan pembelian, stok, jual dan sewaan termasuk penyediaan invois.
Pembayaran dan penerimaan – menguruskan urusan pembayaran dan penerimaan kos untuk pembelian, jualan, sewaan dan stok..
Tuntutan – menguruskan tuntutan termasuk tuntutan dari pelanggan kerajaan, kakitangan berkaitan OT, Claim, gaji dll..

4.Hal Teknologi Maklumat

  • Penggunaan/kemahiran computer – Microsoft office – word, power point, excel dll.
  • Penggunaan internet,penggunaan aplikasi, system yang berkaitan

Bahan Rujukan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam

  • i.          Arahan Keselamatan
  • ii.         Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
  • iii.        Perintah-Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan
  • iv.        Peraturan Kewangan dan Perakaunan
  • v.         Panduan dan Tuntutan Perjalanan, Kursus dan Perpindahan

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

  • i.           PKPA Bil. 4/91 Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
    ii.          PKPA Bil. 6/91 Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam
    iii.         PKPA Bil. 7/91 Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)
  • iv.         PKPA Bil. 8/91 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja
    v.         PKPA Bil. 1/92 Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi Perkhidmatan Awam
  • vi.         PKPA Bil. 4/92 Pengendalian Pengaduan Awam
    vii.        PKPA Bil. 3/93 Panduan Mengenai Piagam Pelanggan
    viii.       PKPA Bil. 2/96 Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam
  • ix.         PKPA Bil. 1/97 Panduan Pelaksanaan MS ISO 9000 dan Skim Persijilan Sistem Kualiti oleh Agensi Kerajaan xii.        PKPA yang lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa

Gred Gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Jabatan Perkhidmatan Awam/ Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
  • GAJI MINIMUM : RM1,493.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM5,672.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
      3. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Muat Turun Contoh MyPortfolio Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Klik Sini

Baca Juga : Senarai Tugas Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi

Senarai Jawatan Kosong Terkini Penolong Pegawai Tadbir KLIK SINI

MUAT TURUN NOTA RUJUKAN DAN CONTOH SOALAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 KLIK SINI!!

MUAT TURUN NOTA RAHSIA PERSIAPAN TEMUDUGA KERAJAAN KLIK SINI!!

MUAT TURUN CARA RAHSIA RESUME KERJA KLIK SINI!!

MUAT TURUN CONTOH UJIAN PSIKOMETRIK KLIK SINI!!


Advertisement