• Home
  • Contact
  • Disclaimers
  • Privacy Policy
INDEX.MY

INDEX.MY

Sumber Informasi Terkini

Skip to content
Menu
  • Home
  • Info Bantuan Kerajaan
  • Info Biasiswa
  • Info Pendidikan
  • Info Kerjaya

i-Citra KWSP [Cara Mohon Pengeluaran dan Semakan Status Kelulusan]

by AdminPosted onJuly 13, 2021July 13, 2021

Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP 2021 | Tarikh Permohonan dan Jadual Pembayaran i-Citra | Login i Citra KWSP | Daftar dan Permohonan i-Citra Online serta Syarat Kelayakan i-Citra KWSP

Apakah itu i-Citra?

Kemudahan pengeluaran KWSP menggantikan i-Sinar dan i-Lestari.

Bilakah pembayaran pertama i-Citra?

Pada Ogos 2021.

Bila tempoh permohonan i-Citra?

Cara Permohonan i-Citra KWSP

Anda boleh buat permohonan online di Laman rasmi i-Citra KWSP

=> https://icitra.kwsp.gov.my


i-Citra KWSP pengeluaran bulanan RM 1,000 setiap bulan sehingga RM 5,000 dibenarkan oleh KWSP bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi bencana pandemik ini. Pengeluaran iCitra KWSP ini boleh dibuat bermula 12 Julai 2021.

Menerusi program i-Citra ini, lebih 13 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000.

Soalan Lazim

1. Mengapakah Pengeluaran i-Citra diperkenalkan?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.


2. Siapakah yang layak memohon?

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

3. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.


4. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Ilustrasi bayaran amaun pengeluaran seperti di bawah:

Senario 1Senario 2Senario 3Senario 4
Amaun Kelayakan (RM)5,0004,5153,030947
Bayaran Pertama (RM)1,0001,0001,000940
Bayaran Kedua (RM)1,0001,0001,000–
Bayaran Ketiga (RM)1,0001,0001,000–
Bayaran Keempat (RM)1,0001,000––
Bayaran Kelima (RM)1,000510––

Nota:

  • Amaun bayaran dibundarkan ke bawah kepada nilai puluh terdekat.
  • Bayaran pengeluaran ini tidak menjejaskan bayaran bulanan i-Sinar ahli yang masih berjalan.

5. Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran i-Citra?

Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 & 1 seperti di bawah;

Senario 1Senario 2Senario 3
Baki Akaun 1 (RM)20,00020,00020,000
Baki Akaun 2 (RM)7,0003,0000
Amaun Kelayakan (RM)5,0005,0005,000
Amaun Pengeluaran Daripada:
Akaun 2 (RM)5,0003,0000
Akaun 1 (RM)02,0005,000

6. Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?

Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.


7. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP.


8. Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.


9. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal i-Citra Online. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021.


10. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

Boleh, tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Soalan 2.


11. Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.


12. Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar.

  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.
  • Akaun bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.

Bagaimanapun, pembayaran i-Citra melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.


13. Bayaran bulanan i-Citra akan terhenti sekiranya;

  1. Ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun; atau
  2. Terdapat apa-apa pengeluaran penuh diluluskan (contoh: Pengeluaran Hilang Upaya, Meninggalkan Negara, Kematian dan lain-lain); atau
  3. Ahli membuat pembatalan i-Citra

14. Bolehkah ahli membatalkan permohonan i-Citra?

Boleh. Ahli boleh membatalkan permohonan setelah diluluskan dan bayaran seterusnya akan dihentikan.

Permohonan semula tidak dibenarkan.


15. Bolehkah amaun Pengeluaran i-Citra dipinda?

Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dibuat.


16. Apakah yang akan berlaku kepada caruman bulanan ahli selepas bayaran Pengeluaran i-Citra tamat?

Sekiranya amaun Pengeluaran i-Citra menggunakan simpanan daripada Akaun 1, semua caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 sehingga mencukupi amaun yang telah dikeluarkan.

Setelah itu, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

Rasional bagi mengisi semula simpanan di dalam Akaun 1 adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.


17. Adakah bayaran Pengeluaran i-Citra diberi keutamaan berbanding dengan lain-lain pengeluaran?

Ya, bayaran i-Citra diberikan keutamaan berbanding bayaran pengeluaran lain.

Bagaimanapun, sekiranya ahli juga menerima pembayaran Pengeluaran i-Sinar dan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan, bayaran pengeluaran ini akan diberikan keutamaan.


18. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran i-Citra.

Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan Simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.


19. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih i-Akaun
  3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

20. Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan i-Citra?

Ahli boleh menyemak status permohonan i-Citra melalui:

  1. Menu Semak Status Permohonan di i-Citra Online; atau
  2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

21. Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Info Penting lain Bantuan Pakej PEMULIH 2021

  • Bantuan Khas Covid-19 – Cara Mohon dan Tarikh Pembayaran
  • Senarai Penuh Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)
  • PEMULIH | Cara Mohon Moratorium Automatik Tanpa Syarat 6 Bulan Bermula 7 Julai 2021


Visited 606 times, 1 visit(s) today
Baca Juga :
  • Semakan Online Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2025
    Semakan Online Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2025
  • Semakan UPU Online 2025 | Tawaran Kemasukan ke IPTA Sesi 2025/2026
    Semakan UPU Online 2025 | Tawaran Kemasukan ke IPTA Sesi 2025...
  • Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah dan Biasiswa Kerajaan Maghribi
    Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah dan Biasiswa Kerajaan Ma...
  • Semakan Tawaran Keputusan PISMP dan Program PPC Ke Luar Negara Tahun 2025
    Semakan Tawaran Keputusan PISMP dan Program PPC Ke Luar Negar...
  • PEMULIH 2021 | Senarai Bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi
    PEMULIH 2021 | Senarai Bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan ...
  • Senarai Skim Bantuan Awal Pelajar IPT 2025
    Senarai Skim Bantuan Awal Pelajar IPT 2025
Posted in Info Bantuan Kerajaan, Info Semasa, Info UmumTagged Cara Daftar i-Citra KWSP, Cara Mohon i-Citra KWSP, i-Citra KWSP, i-Citra KWSP 2021, Login i-Citra KWSP, Permohonan Online i-Citra KWSP, Tarikh Bayaran i-Citra KWSP

Published by Admin

View all posts by Admin

Post navigation

Prev Bantuan Program PRIHATIN Kasih [Cara Mohon Baru dan Semakan Status Kelulusan]
Next Cara Betul Simpan Daging Korban Dalam Peti Sejuk Kekal Segar Tahan Lama

Carian Index

Trending

  • 1
    Semakan UPU Online 2025 | Tawaran Kemasukan ke IPTA Sesi 2025/2026
    Semakan UPU Online 2025 | Tawaran Kemasukan ke IPTA Sesi 2025...
  • 2
    Semakan Tawaran Keputusan PISMP dan Program PPC Ke Luar Negara Tahun 2025
    Semakan Tawaran Keputusan PISMP dan Program PPC Ke Luar Negar...
  • 3
    Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) MARA 2025 – Semakan MARA STUDENT ASSESSMENT PROGRAMME (MSAP)
    Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) MARA 2025 – Semaka...
  • 4
    Semakan Online Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2025
    Semakan Online Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2025
  • 5
    Senarai Syarikat GLC Tahun 2023/2024/2025
    Senarai Syarikat GLC Tahun 2023/2024/2025
  • 6
    Semakan Temuduga/Ujian UPU/IPTA Lepasan SPM/STPM/Setaraf Sesi 2025/2026
    Semakan Temuduga/Ujian UPU/IPTA Lepasan SPM/STPM/Setaraf Sesi...
  • 7
    Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Tahun 2025
    Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Tahun 2025
  • 8
    Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah dan Biasiswa Kerajaan Maghribi
    Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah dan Biasiswa Kerajaan Ma...
  • 9
    Senarai Skim Bantuan Awal Pelajar IPT 2025
    Senarai Skim Bantuan Awal Pelajar IPT 2025
  • 10
    Senarai Tugas Pembantu Laut Gred A1
    Senarai Tugas Pembantu Laut Gred A1

Senarai Biasiswa Terkini 2025

  • PETRONAS Powering Knowledge (Mid-Education) Sponsorship 2025
  • Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi | Malaysian International Scholarship (MIS)
  • Biasiswa Impian Gigih Scholarship
  • Biasiswa YTL Cement Scholarship
  • Biasiswa Public Bank – Tan Sri Teh Hong Piow Legacy Scholarship
[ Info Kerja Kosong / Info Biasiswa / Info Semakan / Info Permohonan / Info Bantuan Kerajaan / Malaysia Scholarships ] – © Copyright 2025 – INDEX.MY
Allium Theme by TemplateLens ⋅ Powered by WordPress