Senarai Tugas Pembantu Laut Gred A1

Tugas utama Pembantu Laut Gred A19 termasuk penyelenggaraan dan pembaikan kapal, operasi penyelamatan di laut, pengawasan keselamatan pelabuhan dan perairan, serta pemantauan keadaan persekitaran laut.

Pembantu Laut Gred A1

Klasifikasi Perkhidmatan : Pengangkutan
Kumpulan Perkhidmatan  : Pelaksana
Kementerian/Jabatan : Jabatan Laut Malaysia
Jadual Gaji Gaji Minimum : RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat LantikanCalon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,500.00); atauSijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,500.00); atau Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,561.00); atauEngineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,561.00); atau Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,622.00); atau Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,683.00). 
Syarat Kelayakan Bahasa MelayuCalon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.Pemohon dengan kelayakan di perkara 2(c )(iii) hingga 2(c )(iv) hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.

Kemahiran Untuk Menjadi Pembantu Laut Gred A1

Menjadi Pembantu Laut Gred A1 memerlukan pelbagai kemahiran yang khusus. Berikut adalah senarai kemahiran yang penting untuk menjadi Pembantu Laut Gred A1 yang berkesan:

1. Kemahiran Teknik:

  • Pengetahuan dalam penyelenggaraan dan pembaikan kapal serta peralatan maritim.Keupayaan mengendalikan dan menyelenggara peralatan keselamatan di laut.

2. Kemahiran Komunikasi:

  • Keupayaan berkomunikasi dengan jelas dan berkesan, baik secara lisan mahupun tulisan.Kemahiran dalam berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

3. Kemahiran Penyelesaian Masalah:

  • Keupayaan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul semasa operasi di laut.Kemahiran analitikal untuk membuat keputusan yang tepat dalam situasi kecemasan.

4. Kemahiran Kerja Berpasukan:

  • Keupayaan bekerja secara kolaboratif dalam pasukan untuk mencapai matlamat bersama.Kemahiran interpersonal untuk bekerjasama dengan rakan sekerja dari pelbagai latar belakang.

5. Ketahanan Fizikal dan Mental:

  • Ketahanan fizikal yang baik untuk menjalankan tugas-tugas berat dan mencabar di laut.Ketahanan mental untuk menghadapi tekanan dan situasi yang berisiko tinggi.

6. Kemahiran Pengawasan dan Keselamatan:

  • Pengetahuan mengenai prosedur keselamatan maritim dan undang-undang yang berkaitan.Keupayaan memantau dan memastikan keselamatan di pelabuhan dan perairan.

7. Kemahiran Pengurusan Masa:

  • Keupayaan mengurus masa dengan efektif untuk memastikan semua tugas diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.Kecekapan dalam merancang dan mengatur kerja harian.

8. Kemahiran Operasi Peralatan:

  • Keupayaan untuk mengendalikan peralatan maritim seperti radar, kompas, dan peralatan navigasi lain.Kemahiran dalam mengoperasikan bot atau kapal kecil.

9. Kemahiran Penyiasatan dan Laporan:

  • Keupayaan untuk menjalankan penyiasatan dan menyediakan laporan mengenai keadaan persekitaran laut.Kemahiran dalam mendokumentasikan dan melaporkan kejadian atau insiden di laut.

Calon yang memenuhi syarat-syarat ini berpeluang untuk memohon dan dipertimbangkan untuk jawatan Pembantu Laut Gred A1.

Deskripsi Tugas

1. Aspek Kewangan dan Personel

  • Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan.
  • Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan.
  • Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat.
  • Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor.
  • Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.

2. Aspek Industri (Perkapalan)

  • Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot.
  • Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin.
  • Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun.
  • Menyediakan rekod, perangkaan, dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.

3. Aspek Keselamatan Pelayaran

  • Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA).
  • Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin.
  • Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj.
  • Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.

4. Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

  • Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut.
  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot.
  • Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan.
  • Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan.
  • Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.

5. Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)

  • Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika) dan kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan.
  • Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik.
  • Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan.
  • Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Pembantu Laut Gred A1

Antara contoh soalan yang mungkin ditanya ialah:

  1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Apakah kelebihan anda sehingga menyebabkan kami perlu memilih anda untuk menjawat jawatan Pembantu Laut Gred A1 ini?
  3. Mengapa anda memilih untuk bekerja dalam sektor awam berbanding sektor swasta?
  4. Apakah tugas-tugas anda sekiranya anda menjawat jawatan Pembantu Laut Gred A1?
  5. Apakah sumbangan anda sekiranya anda diterima untuk menjawat jawatan ini?
  6. Apakah misi dan visi serta objektif Jabatan Laut?
  7. Siapakah Pengarah terkini Jabatan Laut Malaysia?
  8. Adakah anda bersetuju sekiranya dihantar ke Sabah, Sarawak atau negeri yang jauh daripada tempat anda sekarang?
  9. Nyatakan nama Perdana Menteri dan Timbalannya serta beberapa senarai kabinet yang anda tahu.
  10. Apakah isu semasa yang berlaku dalam negara kini?
  11. Berikan 2 Akta-Akta Dan Undang-Undang Di Bawah Kawalan Jabatan Laut Malaysia.
  12. Apakah itu Akta A1393 dan kepentingannya?
  13. Apakah itu Akta Laut Wilayah 2012?
  14. Apakah Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar (Pemeriksaan Perubatan) 1991?
  15. Apakah itu International Conventions dan kaitannya dengan Jabatan Laut Malaysia?

Dengan menyediakan jawapan yang relevan dan menunjukkan pemahaman mendalam tentang tugas serta tanggungjawab jawatan Pembantu Laut Gred A1, anda akan lebih bersedia menghadapi temuduga ini.

SEMOGA BERJAYA!



Visited 37 times, 1 visit(s) today