Syarat Kemasukan Diploma Kejururawatan USM

Berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan ? Peluang untuk anda untuk menjadi salah seorang pelajar Diploma Kejururawatan. Kini Permohonan kemasukan ke USM bagi program Diploma Kejururawatan telah dibuka pada 10 Februari sehingga 13 April 2020.

Apakah syarat-syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan? Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan Diploma Kejururawatan USM secara online di laman web USM.

Tiada penerangan foto disediakan.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA KEJURURAWATAN USM 2020/2021

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Diploma Kejururawatan USM termasuk memaparkan syarat am dan syarat khas program ;

SYARAT AM DIPLOMA KEJURURAWATAN

a. Lulus SPM/ Setaraf
b. Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu Julai/ Bahasa Malaysia Julai
c. Lulus dalam mata pelajaran Sejarah

SYARAT KHAS PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN

i. Lulus SPM dengan lima (5) Kepujian :
ii. Mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mathematics / Additional Mathematics.
iii. Mendapat Kepujian dalam mana‐mana satu (1) matapelajaran berikut Science, Biology, Chemistry, Physics, Applied Science
iv. Mendapat Kepujian dalam mana‐mana satu (1) matapelajaran lain.
v. Cemerlang dalam penilaian temuduga.

Nota :
a. Calon perlu memenuhi syarat status kesihatan berikut :

Semua calon mesti disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Berdaftar dalam masa satu bulan daripada mengikuti program kejururawatan.

b. Calon tidak dibenarkan mengikuti program kejururawatan jika mempunyai masalah kesihatan berikut :
– HIV / AIDS
– Hepatitis B
– Hepatitis C
– Masalah kesihatan mental
– Epilepsi
– Buta warna

c. Calon tidak mempunyai sebarang ketidakupayaan fizikal atau ketidakupayaan deria yang boleh menghalang dalam melakukan kemahiran kejururawatan.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan ke USM sila hubungi ;

UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 USM PULAU PINANG

No. Tel : 1 300 888 876 / 04-653 3196
No. Faks : 04 653 3328
Waktu : Isnin – Jumaat (8:10 AM – 5:10 PM)
Email : admissions@usm.my
Student Admissions USM
FB Rasmi USM
Twitter Rasmi USM

Semoga anda berjaya dalam bidang yang di mohon. Mohon Sekarang!!

Baca juga : Senarai Biasiswa Lepasan SPM/STPM 2020


Advertisement