Senarai Tugas Pegawai Dietetik Gred U9

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Dietetik Gred U9 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan. Apa yang penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Dietetik Gred U9 bagi permohonan lepasan Ijazah menerusi SPA.

Pegawai Dietetik Gred U9

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERUBATAN DAN KESIHATAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SYARAT LANTIKANCalon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Dietetik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred U9: RM2,580.00).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYUCalon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDAPegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATANPegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: memenuhi tempoh percubaan;hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dandiperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U10Pegawai Dietetik Gred U9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Dietetik Gred U10 yang kosong apabila telah:disahkan dalam perkhidmatan;mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dandiperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U12Pegawai Dietetik Gred U10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Dietetik Gred U12 yang kosong apabila telah:mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dandiperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U13Pegawai Dietetik Gred U12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Dietetik Gred U13 yang kosong apabila telah:mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dandiperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U14Pegawai Dietetik Gred U13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Dietetik Gred U14 yang kosong apabila telah:mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dandiperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGIPegawai Dietetik Gred U14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
DESKRIPSI TUGAS :
Perkhidmatan Dietetik KlinikalMelaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.Perkhidmatan Dietetik KomunitiMenyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.Penyediaan Perkhidmatan MakananMenyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.LatihanMemberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.

Deskripsi Tugas Pegawai Dietetik Gred U41

Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Dietetik Gred U41 seperti di bawah :

a. Perkhidmatan Dietetik Klinikal

Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.

b. Perkhidmatan Dietetik Komuniti

Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.

c. Penyediaan Perkhidmatan Makanan

Menyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.

d. Latihan

Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan

e. Makanan

Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.



Visited 1,360 times, 2 visit(s) today